Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU-14: Zahid yakin 90 peratus pengundi India sokong BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU-14: Zahid yakin 90 peratus pengundi India sokong BN

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) percaya sokongan masyarakat India kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak boleh mencapai hingga 90 peratus, sekali gus bakal menyumbang kepada kemenangan selesa kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan sokongan sebanyak 25 peratus berbanding kadar sokongan pada pilihan raya umum lalu itu boleh dicapai jika semua parti berasaskan kaum India dalam BN bersatu.

“Kita (kerajaan BN) mahu berkhidmat kepada masyarakat India dan dengan segala masalah membabitkan kaum India kini diselesaikan satu persatu, saya yakin sokongan masyarakat India akan meningkat kepada 90 peratus berbanding 65 peratus pada 2013.

“PRU-14 kelak, saya percaya jika semua parti kaum India bersatu, masyarakat India akan ba­ngun memberikan sokongan kepada BN,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-8 Parti Makkal Sakti di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Makkal Sakti, Datuk R. S. Thanenthiran.

Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau mengalu-alukan tindakan dua pemimpin veteran UMNO Johor yang keluar meninggalkan parti atas alasan membantah kepemiimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, tindakan Pengerusi Tetap UMNO Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti telah membebaskan UMNO daripada masalah ‘duri dalam daging’ yang selama ini membelenggu kedua-dua bahagian itu.

“Saya mengalu-alukan keputusan mereka berdua itu kera­na mereka memang terkenal bersama-sama (sokong) pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Baguslah, dua pemimpin itu bersama mereka daripada te­rus menjadi duri dalam daging,” katanya.

Kepada soalan berhubung cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, agar pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewa­ngan untuk membantu pembeli rumah, beliau berkata, Kabinet belum dimaklumkan mengenainya.

Oleh yang demikian katanya, Kabinet telah meminta Noh agar memberikan penjelasan terpe­r­­inci mengenai cadangan tersebut bagi membolehkan apa juga keputusan dapat dibuat dengan sebaik mungkin oleh kerajaan.
– UTUSAN

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cnFl3D

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.