Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS Sarawak korbankan 22 ekor lembu sempena Aidiladha - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS Sarawak korbankan 22 ekor lembu sempena Aidiladha

KUCHING: Pada tahun ini, sebagai kesinambungan kepada program tahun-tahun sebelumnya, Lajnah Kebajikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dengan kerjasama PAS Negeri Sarawak akan meneruskan Qurban Perdana Untukmu Sarawak.

Menurut Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili, sebanyak 22 ekor lembu akan dikorbankan di kesemua 11 DUN yang ditandingi oleh PAS pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.

“Antara 11 DUN tersebut termasuklah Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

“Majlis Pelancaran Qurban Perdana ini akan diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pusa, Beting Maro dan Kampung Tukau, Miri secara serentak,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan satu komitmen PAS yang bukan hadir dalam masyarakat saat pilihan raya semata-mata, tetapi turut meneruskan misi dakwah, tarbiyah dan siasah secara konsisten dan berterusan.

“Ia juga selaras dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang diperjuangkan oleh PAS.

“Pada kesenpatan ini, Lajnah turut mendoakan agar semoga semua tiga juta jemaah haji yang sedang menunaikan rukun Islam kelima itu agar mendapat haji yang mabrur yakni diterima oleh Allah SWT,” katanya lagi. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.