Kementerian nafi tuduhan galak kegiatan along
KUALA LUMPUR: Tidak benar bahawa cadangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan lesen pinjaman wang kepada pemaju perumahan akan menggalakkan kegiatan along.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ketika ini banyak rumah tidak dapat dijual kerana pembeli sukar mendapat pinjaman bank.
“Dakwaan itu tidak benar kerana pemaju perumahan tertakluk kepada Akta Perumahan 118 di mana setiap pemaju wajib menghantar laporan setiap suku tahun kepada kementerian, ” katanya.
Menurut Noh, di bawah peraturan itu kementerian boleh memantau pemaju. Misalnya, sekiranya pinjaman diberi, kementerian boleh memantau bagaimana proses pinjaman dilaksanakan dan adakah mereka mematuhi peraturan.
“Sekiranya peraturan itu tidak dipatuhi tindakan boleh diambil terhadap pemaju,” jelasnya.
Sekiranya kewangan mereka tidak meyakinkan, lesen pinjaman wang tidak akan diberikan kepada pemaju berkenaan.
Beliau memberi jaminan, kementerian akan membuat kajian menyeluruh dan sudah pasti tidak akan membebankan rakyat. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment