Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI VR One – Komputer Beg-Galas Daripada MSI Akan Ditawarkan Di Malaysia Seawal Disember 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI VR One – Komputer Beg-Galas Daripada MSI Akan Ditawarkan Di Malaysia Seawal Disember 2016

MSI telah memperlihatkan komputer beg-galas mereka sebelum ini, dan kini turut hadir dengan nama akhir untuk produk berkenaan. Dikenali sebagai MSI VR One, komputer beg-galas ini memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati kandungan realiti-maya tanpa gangguan wayar.

MSI VR One

MSI VR One ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 10xx, dan dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan penggunaan selama 1.5 jam lamanya. Dari segi berat keseluruhan, komputer beg-galas ini seberat 3.6kg. Ia turut hadir dengan port HDMI, Mini Display, dan juga Thunderbolt 3 berasaskan USB-C. Dari segi rekaan, ia hadir dengan penyejuk terbina yang tidak mengeluarkan bunyi yang kuat – sekaligus tidak menganggu pengalaman realiti-maya anda.

MSI VR One

MSI turut mengatakan komputer beg-galas mereka ini dilengkapi dengan pengoptimasian khusus untuk HTC Vive.

MSI Malaysia menyasarkan untuk menawarkannya dipasaran tempatan menjelang bulan Disember ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cFMJZ5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.