Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terima Kasih, Sila Keluar Jika Tidak Suka Umno – Annuar Musa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terima Kasih, Sila Keluar Jika Tidak Suka Umno – Annuar Musa

TEMERLOH – “Terima kasih kerana keluar Umno sebab kitapun tidak mahu golongan musang berbulu ayam berada di dalam parti kerana iahanya menjadi duri dalam daging.”

Itu reaksi Ketua Penerangan UmnoTan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulastentang tindakan Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah Datuk Baharom Abdul Ghani danTimbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti pada Sabtu.

Katanya tindakan tersebut tidak akan menjejaskan Umno sebaliknya akan memperkukuh lagi parti kerana golongan yang tidak setia pada perjuangan, satu demi satu telah meninggalkan parti.

“Ada orang tanya Umno tidak panik ke sebab mereka keluar parti, saya kata tidak. Malah kita ucap terima kasih, kita nak lebih ramai lagi yang tidak sukakan parti, sila keluar.

“Tetapi kita tidak akan sesekali menekan butang panik sebab satu yang keluar, 30 orang baharu yang masuk… kita hanya berbincang tentang mereka yang keluar sedangkan dalam tempoh sebulan ini, berpuluh ribu yang mendaftar keahlian baharu untuk menyertai Umno,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Temerloh yang turut dihadiri Oleh Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Pada Sabtu, dua veteran Umno itu mengumumkan keluar parti semasa menghadiri persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sebagai anggota parti, seseorang itu harus istiqamah dan setia dengan perjuangan parti serta tidak mudah melatah apabila diuji dengan sesuatu krisis dalaman.

“Kita tidak nafikan apabila (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Tun Dr Mahathir Mohamad tubuh parti baharu, ada yang hendak mengikut mereka. Negara inimengamalkan prinsip demokrasi dan kita tidak halang mereka.

“Kita beri mereka kelulusan untuk tubuh parti baharu kerana menerima realiti demokrasi, siapa hendak ikut siapa tiada paksaan,” katanya. -Bernama

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cFH9Wu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.