Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa motif samseng serang pegawai tinggi di KLIA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa motif samseng serang pegawai tinggi di KLIA?

Bagaimanakah boleh berlaku serangan secara terbuka terhadap Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di KLIA?  Amatlah mengejutkan kejadian sedemikian boleh berlaku di tempat awam seperti lapangan terbang?

Justeru, kita tidak boleh membiarkan dalang dan beberapa orang lelaki terbabit dalam serangan itu lepas bebas di negara ini.

Apa pun motif serangan itu, mereka tidak boleh membawa kes politik negara terbabit ke negara ini.

Pihak berkuasa perlu segera tangani isu ini dengan bijaksana dan pantas.

Berdasarkan  klip video itu jelas menunjukkan bagaimana beberapa orang lelaki telah menendang dan menumbuk pegawai berkenaan di muka dan di badannya.

Mereka hanya berhenti apabila anggota keselamatan meleraikannya.

Kes ini perlu dipandang serius kerana ia bukan sahaja melibatkan isu diplomatik antara Malaysia dengan Sri Lanka, tetapi jelas boleh menjejaskan imej dan reputasi negara ini.

Justeru, tindakan tegas perlu diambil terhadap kumpulan bersikap biadab dan tidak bertamadun ini, dengan bertindak sesuka hati. Mereka perlu segera dibawa ke muka pengadilan.

Yang agak mengejutkan, mengapa anggota pasukan keselamatan terbabit semacam membiarkan penyerang itu selepas cuba meleraikan mereka?

Mengapa lelaki berkenaan tidak ditahan ketika itu juga? Banyak persoalan bangkit dalam kepala susulan sikap anggota polis berkenaan.  

Persoalannya mengapakah kumpulan samseng itu yang jelas tidak mempedulikan pasukan keselamatan dan undang-undang negara ini tidak ditahan pihak keselamatan KLIA, lebih-lebih lagi serangan itu membabitkan seorang diplomat asing?

Tentu  memalukan buat pasukan keselamatan KLIA, Wisma Putra dan pemimpin negara ini, kerana kes sedemikian berlaku di lapangan terbang terkemuka.

Siapakah kumpulan samseng ini? Siapakah dalang di sebalik episod itu? Mengapakah mereka terlalu berani menyerang di tempat sedemikian?  Apakah motif  serangan itu?

Difahamkan  serangan berkenaan ialah kejadian kedua membabitkan pihak yang mempunyai kaitan dengan Sri Lanka, selepas ketua sami kuil Buddha  menjadi sasaran sebelumnya.

Kita perlu memastikan kejadian sedemikian tidak berulang demi nama baik negara. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.