Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tan Sri, Datuk  seleweng RM15 juta didakwa pagi ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tan Sri, Datuk  seleweng RM15 juta didakwa pagi ini

KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar ‘Tan Sri’ dan Pengarah Urusan bank sama bergelar ‘Datuk’ akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama. Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.