Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG V20 Dilancarkan – Peranti Dwi-Skrin Dan Tiga Kamera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG V20 Dilancarkan – Peranti Dwi-Skrin Dan Tiga Kamera

Peranti dengan dwi kamera kini mula memasuki pasaran. Huawei, LG sudah melancarkannya awal tahun ini dengan Apple diuar-uarkan akan turut mengikuti langkah yang sama. Tetapi LG nampaknya mahu menjadi pelopor kepada penggunaan teknologi lebih hebat. LG V20 akhirnya dilancarkan dan ia dilengkapi tiga kamera (satu di hadapan dan dua di belakang) serta dua skrin pada bahagian hadapan. Pada waktu yang sama LG V20 ialah peranti pertama menggunakan Android Nougat.

LG V20 1 2

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ Quantum IPS QHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kamera belakang berkembar dilengkapi lensa 16-Megapixel f/1.8 dan 8-Megapixel f/1.8 . Kamera 8-Megapixel dilengkapi lensa sudut lebar 138 darjah. Sistem pemfokusan PDAF, laser dan contrast digunakan bagi menghasilkan gambar yang lebih tepat. Kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel dengan lensa sudut lebar 120 darjah.

Selain kemampuan kamera yang tinggi, V20 juga direka untuk penggemar audio. Sistem Hi-Fi Quad DAC 32-Bit disertakan dengan sokongan Bang & Olufsen Play bagi memberikan tetapan audio terbaik.Bateri 3200 mAH  menjadi sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 menggunakan port USB-C. Peranti ini tidak kalis air tetapi menurut LG melepasi piawaian MIL STD 810G untuk hentakan. Ia akan memasuki pasaran Korea Selatan terlebih dahulu pada penghujung bulan ini.

Artikel masih dikemas kini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cmOjA2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.