Fara Fauzana Batal Perkahwinan Kerana Hafiz ‘Suami Orang’
Fara Fauzana secara mengejut telah membatalkan perkahwinannya dengan individu bernama Hafiz sekaligus menjadi bahan bualan orang ramai.
Teka teki masih berlarutan mengapa pasangan ini tidak meneruskan perancangan mereka untuk berkahwin.
Menurut satu sumber dan laporan akhbar, Hafiz sebenarnya sudahpun berkahwin dan hal itu selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Fara Fauzana.
Ternyata Fara Fauzana terkejut dengan hal ini dan tidak dapat menerima status yang disembunyikan oleh Hafiz.
Apabila ‘pecah tembelang’, Fara Fauzana akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung bulan September ini.
Hafiz yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai, dikatakan tidak pernah berterus-terang mengenai statusnya itu.
Ini komen dari satu sumber:
“Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya kantoi dengan Fara.
“Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal. Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh,”
Fara Fauzana yang popular dengan panggilan Fafau bagaimanapun masih berdiam diri dan meminta diberi ruang untuk menenangkan diri buat sementara waktu.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment