Hi! Welcome Back and Stay Tune! Graduan pertama Diploma Pengurusan Halal UiTM julang industri halal di Sarawak – Abang Johari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Graduan pertama Diploma Pengurusan Halal UiTM julang industri halal di Sarawak – Abang Johari

BANJARMASIN, Indonesia: Penubuhan Program Diploma Pengurusan Halal di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak (UiTM Sarawak) yang bakal mengeluarkan graduan pertamanya bulan hadapan akan membantu meningkatkan keyakinan orang ramai tentang persijilan halal yang dilaksanakan di negeri Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kumpulan pertama seramai 29 orang akan menamatkan pengajian pada Oktober ini, kumpulan ini akan menjadi perintis muda yang diharapkan memberi sumbangan dalam mengangkat industri halal Sarawak.

abg jo halal_0000

“Dengan adanya mereka yang benar-benar mempelajari kaedah pengurusan halal secara akademik, kita tidak lagi akan berasa waswas selain yakin akan kualiti “kehalalan” terhadap produk yang dikeluarkan dan dipersijil halal di negeri ini.

Abang Johari berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama bertajuk “Melestari Halal Di Borneo: Perspektif Sarawak” sewaktu Konferansi Antarabangsa Islam Borneo ke-9 (KAIB), di Universitas Lambung Mangkurat, dekat sini.

Seminar ini berlangsung selama dua hari dan akan berakhir pada hari ini.

Jelas Abang Johari, ketika ini UiTM Sarawak mempunyai seramai 157 pelajar yang sedang mengkhusus dalam bidang tersebut, dan ini memberi petanda positif bahawa negeri ini tidak akan kekurangan pegawai yang berkelayakan untuk mentauliahkan persijilan halal pada masa depan.

Beliau yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal Islam berkata, pihaknya juga gembira dengan inisiatif universiti tersebut menubuhkan Taman Teknologi Halal UiTM.

“Taman teknologi ini bukan sahaja bersifat sebagai nukleus kepada perkembangan produk-produk dalam industri halal, tetapi juga berperanan sebagai Pusat Sehenti Hab Halal, Pusat Pengurusan Halal, Mengiktiraf Akreditasi dan Persijilan Halal selain menjadi pintu kepada pusat halal di peringkat global.

Langkah permulaan bagi Pelan Penubuhan Taman Teknologi Halal UiTM ini adalah dengan penubuhan “Makmal Analisis Halal” ysang kini menggunakan kapasiti, lokaliti dan fasiliti yang sedia ada di UiTM. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.