Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terus protes projek Taman Tugu hingga ditangguh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terus protes projek Taman Tugu hingga ditangguh

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyatakan pendirian tegas memprotes cadangan Projek Taman Tugu dalam tempoh terdekat sekiranya ia tidak ditangguhkan.

Ir Haji Khairil Nizam Khirudin_0000Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata,  DPPWP sangat menghargai usaha pelbagai pihak untuk menghijaukan Kuala Lumpur, tetapi dengan jumlah kos sebanyak  RM650 juta yang diperuntukkan adalah sangat tidak wajar dilakukan pada waktu sekarang.

“Kerajaan dan syarikat awam berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Khazanah Nasional) mesti menarik semula cadangan Projek Taman Tugu kerana ia tidak relevan, tidak berimpak tinggi dan jauh daripada kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang turut sama menjadi agensi pelaksana bagi projek ini harus mengambil iktibar dan melihat semula kegagalan Projek Dusun Bandar yang telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Projek yang berkeluasan 19 ekar di Kampung Delima, Jalan Bellamy telah menelan kos sebanyak RM17.25 juta, tetapi apakah hasil projek berkenaan kepada majoriti rakyat di Kuala Lumpur?,” ujarnya.

“Kami sebagai warga Kuala Lumpur mendesak kerajaan supaya lebih prihatin untuk memikirkan solusi yang lebih baik untuk mengurangkan bebanan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Itu adalah agenda yang perlu diutamakan berbanding projek ini,” tambahnya.

Menurut pemimpin Pemuda Pas itu , jika RM650 juta yang diperuntukkan untuk Projek Taman Tugu yang berkeluasan 66 ekar, maka secara purata ia akan menelan kos sebanyak RM9.85 juta bagi setiap ekar.

“Tidakkah itu satu jumlah yang sangat besar? Apakah projek yang lebih baik diutamakan untuk rakyat di Kuala Lumpur jika diperuntukkan RM650 juta tersebut?,” hujah beliau.

Beliau berkata, RM650 juta boleh membina 2,365 unit rumah jenis pangsapuri PR1MA yang berharga RM 275,000 (satu unit) seperti yang dicadangkan di Jalan Jubilee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Jumlah itu juga, menurutnya, boleh membina enam buah kompleks pendidikan yang lengkap seperti Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang menelan kos sehingga RM 104.49 juta.

Selain itu, ujarnya, wang berkenaan juga  boleh menampung dana penyelidikan universiti yang berjumlah RM100 juta setahun selama enam tahun berturut-turut.

Malah,  RM650 juta juga boleh membiayai 6,500 usahawan dengan had pembiayaan maksimum berjumlah RM100,000 di bawah Dana Usahawan Muda seperti yang ditawarkan oleh SME Bank.

Katanya, ini adalah contoh bagaimana peruntukan sebesar itu boleh disalurkan terus kepada keperluan rakyat dan ternyata ia memberi kesan gandaan yang lebih besar dalam kitaran ekonomi. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.