Rizab antarabangsa BNM AS$97.5 bilion
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mengukuh pada akhir Ogos berbanding akhir Julai lalu.
Jumlah rizab pada 30 Ogos 2016 berjumlah RM391.9 bilion (AS$97.5 bilion).
Rizab BNM pada 29 Julai lalu berada pada RM391.1 bilion (AS$97.3 bilion)
Menurut kenyataan BNM semalam, paras rizab berkenaan mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh.
Jumlah itu 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Hutang luar negeri jangka pendek merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula.
Ini termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment