Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat Lelaki Berbeza Cuba Lamar Maya Karin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat Lelaki Berbeza Cuba Lamar Maya Karin

Empat Lelaki Berbeza Cuba Lamar Maya Karin

mk

Hampir enam tahun kembali ‘single’, pelakon jelita Maya Karin mengaku ada empat lelaki yang dikenali pernah melamarnya namun tidak menjadi kerana tidak memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

Sehingga awal tahun 2016, Maya Karin didekati seorang kenalan yang mahu mencuba fasa lebih serius dengannya.

Ini komen Maya Karin:

“Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius. Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan.

“Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri,”

“Cuma saya terkejut sebab biasanya pemberian cincin dikaitkan dengan pertunangan mahupun lamaran. Sebelum cincin, saya pernah menerima pelbagai hadiah daripada peminat termasuk seutas rantai.

“Jika cincin berlian ini sekadar hadiah tanpa ada makna lain, saya menerimanya dengan senang hati,”

“Masuk kali ini sudah empat kali saya dilamar orang. Sebelum ini orangnya tidak sesuai dengan saya sebab itu hubungan berhenti setakat itu sahaja,”

Maya bagaimanapun ingin mengelak daripada terlibat dengan cinta jarak jauh kerana dirasakan hubungan seumpama itu tidak serasi dengannya.

Pada Mac lalu, seorang lagi jejaka telah datang berjumpa ibunya di rumah keluarganya di Sungai Penchala, Petaling Jaya dan memberi sebentuk cincin.

Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose pada 14 Ogos 2008 di Itali namun hubungan rumah tangga mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2010.

Walau bagaimanapun Maya tidak menolak kemungkinan akan berumah tangga suatu hari nanti jika dipertemukan jodoh yang sesuai dengannya.-PENMERAHDOTCOM

The post Empat Lelaki Berbeza Cuba Lamar Maya Karin appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.