Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM: Jangan wujud sindrom nafi kelemahan perkhidmatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM: Jangan wujud sindrom nafi kelemahan perkhidmatan

PUTRAJAYA : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu wujud sindrom penafian dalam jabatan atau agensi kerajaan terhadap kelemahan operasi dan perkhidmatan kepada rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jabatan dan agensi kerajaan perlu berani serta jujur mengakui kelemahan dalam perkhidmatan yang ditawarkan sekiranya benar.

Memberi contoh rungutan berhubung perkhidmatan Jabatan Imigresen seperti isu pengeluaran pasport dan pelanggan terpaksa beratur panjang di kaunter, beliau berkata keadaan itu sememangnya wujud dan perlu diakui dengan jujur.

“Saya juga mahu rakyat faham bahawa masalah tersebut bukan sepenuhnya disebabkan kelemahan jabatan tetapi turut melibatkan faktor luaran seperti pembekal dan vendor yang gagal menyediakan item memenuhi spesifikasi serta masa yang ditetapkan Imigresen,” katanya.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata situasi sebenar di sebalik permasalahan perlu dimaklumkan kepada rakyat agar mereka memahami situasi selain menyelesaikan segera masalah yang timbul.   

Ahmad Zahid turut membidas ‘kacang hantu’ dalam jabatan di bawah KDN yang sanggup bertindak membelakangkan integriti sehingga memberi persepsi buruk kepada imej dan perkhidmatan kementerian.

Sebagai kementerian yang menawarkan banyak perkhidmatan kepada orang awam, beliau tidak boleh berkompromi untuk menyimpan atau memiliki individu seperti itu di bawah pentadbirannya.

“Bagi mereka yang merasakan sudah tidak boleh bekerjasama dengan KDN, carilah organisasi lain di luar sana yang dia selesa bekerjasama,” katanya.

Hadir sama pada perhimpunan bulanan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustaffar Ali. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.