Urinal Pintar Membersih Serta Mengeringkan Kemaluan Pengguna
Sekiranya ke tandas saya secara peribadi memilih menggunakan kubikel dari menggunakan urinal untuk membuang air kecil. Ini adalah kerana ingin memenuhi sunnah dan memudahkan proses menyucikan diri selepas mengosongkan pundi. Tetapi sekiranya tiada kekosongan kubikel, urinal terpaksa juga digunakan. Proses menyucikan diri menjadi sedikit sukar kerana tiada sumber air suci dan kemaluan yang basah kerana tiada tisu.
Urinary 2.0 ialah konsep urinal pintar yang bukan sahaja mampu menyucikan organ sulit malah mengeringkannya bagi keselesaan pengguna. Ia dicipta oleh Eduard Gevorkyan, Ivan Giner dan Miguel Angel Levanteri yang berasal dari Sepanyol. Sensoro pada Urinary 2.0 akan mengesan pengguna telah selesai membuang air kecil. Selepas itu semburan air dan sabun akan dikenakan pada organ sulit. Seterusnya sistem pengering akan berfungsi selama tiga saat untuk mengeringkan kawasan yang sama.
Prototaip telah dihasilkan tetapi ketiga-tiga pencipta ini mahu menjual paten mereka kepada yang berminat pada harga € 680000 (~RM 3.1 Juta). Ini idea pemintaran objek yang menarik tetapi dengan tabiat pengguna tandas yang agak ganas, meletakkannya di tandas awam mungkin tidak berbaloi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2c9EDZ0
Post a Comment