Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Negeri, Persekutuan wajar utamakan beri projek kepada jurutera, perunding S’wak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Negeri, Persekutuan wajar utamakan beri projek kepada jurutera, perunding S’wak

KUCHING: Mengapa guna khidmat jurutera atau perunding luar untuk projek dalam Negeri Sarawak, jika kita sendiri mempunyai tenaga pakar bidang tersebut di dalam negeri?

Justeru, berdasarkan fakta tersebut, Pengerusi Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sarawak William Tan mahu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menawarkan projek dengan mengutamakan jurutera dan perunding tempatan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman.

Tan selepas mengetuai rombongan ACEM mengunjungi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing pada Khamis, berkata, beliau memberitahu Masing bahawa jurutera dan perunding tempatan yang terlatih dari universiti berkelayakan dan mampu menjalankan khidmat serupa.

Tan berkata, cabaran semakin meningkat apabila Akta Jurutera disemak semula yang akan membenarkan jurutera profesional di luar mendaftar di Malaysia.

Hal ini akan memberi persaingan kepada tenaga tempatan.

Justeru, jurutera dan perunding luar perlu menjalani ujian keupayaan profesional melibatkan teknikal sedia ada, selain akta di Malaysia serta ordinan di Sarawak sebelum layak bersaing di sini. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.