Hi! Welcome Back and Stay Tune! M’sia dekati politikus, pengguna di Perancis tegakkan fakta benar manfaat minyak sawit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

M’sia dekati politikus, pengguna di Perancis tegakkan fakta benar manfaat minyak sawit

KUALA LUMPUR: Kempen minyak sawit di Eropah khususnya di Perancis memerlukan penglibatan lanjut secara terbuka, lebih mesra dan berbentuk jangka panjang dengan ahli politik Perancis, para pegawai dan akar umbi rakyatnya.

datuk-ibrahim-abdullahDuta Malaysia ke Perancis Datuk Ibrahim Abdullah berkata, “walaupun penglibatan dengan ahli politik dan para pegawai penting, penekanan juga perlu diberi untuk memenangi hati dan pemikiran pengguna (di Perancis).”

Memetik Bernama, Ibrahim menganggap oleh kerana suara rakyat atau pengguna diwakili oleh wakil rakyat mereka, maka mendekati ahli politik memudahkan mesej sampai kepada penyokong mereka di bawah.

Ibrahim mahu, semua agensi Malaysia di Perancis sedia meneruskan kerjasama dengan pihak berkepentingan di Perancis demi menegakkan fakta benar berkaitan kebaikan minyak sawit dan industri komoditi tersebut di Malaysia.

Demi masa depan industri minyak sawit di negara ini, perlu dibina momentum positif seperti meneruskan kempen kesedaran awam dan memberi pendedahan kepada pengguna semua peringkat umur berkaitan kebaikan minyak sawit dari segi sosial, alam sekitar dan kesihatan.

Dengan menyasarkan golongan pengguna muda, perlu diteruskan membentuk pandangan positif mereka tentang kebaikan dan manfaat minyak sawit.

Menurut Ibrahim, Malaysia komited dengan inisiatif dan matlamat pembangunan mapan merangkumi kepentingan masyarakat yang terjejas, selaras dengan komitmennya sebagai warga global.

Menurut Ibrahim lagi, serangan ke atas reputasi minyak sawit mesti ditangani.

Bercakap berkaitan kuat kuasa cukai ke atas minyak sawit di Perancis, Ibrahim berkata, “Menjadi keutamaan kerajaan terus memantau perkembangan di Eropah berkaitan penguatkuasaan cukai ke atas komoditi kita yang boleh memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia,” demikian mengutip kenyataan Bernama.

Bekerjasama dengan menteri dan agensi berkaitan, pihaknya sentiasa berhati-hati memastikan cukai ke atas minyak sawit tidak menjadi kenyataan kerana ia boleh menjadi langkah awal baginya tersebar ke negara anggota Kesatuan Eropah lain.

Terdapat ura-ura cukai minyak sawit dikaji semula dalam Rang Undang-Undang Kewangan Perancis sesi akan datang. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.