Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Raja Thailand Bhumibol Adulyadej - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Raja Thailand Bhumibol Adulyadej

Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, 88 tahun, merupakan raja yang paling lama bertakhta di dunia, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj, Bangkok.

Raja Thailand Bhumibol Adulyadej

Dilahirkan pada tahun 1927 dan menaiki takhta sejak 1946, Raja Bhumibol begitu disenangi di kalangan rakyat Thailand.

Ketika mendapat rawatan di Hospital Siriraj, rakyat Thailand tidak henti-henti mendoakan raja mereka.

Berikut adalah 10 fakta tentang Raja Bhumibol:

1. Baginda dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat ketika ayahandanya, Putera Mahidol Adulyadej melanjutkan pengajian di sana.

2. Raja Bhumibol menaiki takhta pada 9 Jun 1946 setelah kemangkatan kekandanya, Raja Ananda Mahidol. Kemangkatan Raja Ananda Mahidol penuh kontroversi kerana insiden tembakan misteri.

3. Walaupun meminati bidang sains dan teknologi, Raja Bhumibol melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan sains politik di Ecole Nouvelle de la Suisse Romande di Lausanne, Switzerland sebagai persiapan untuk memerintah Thailand.

4. Menurut laporan Forbes, setakat tahun 2011, kekayaan Raja Bhumibol bernilai AS$30 bilion dan merupakan antara kerabat diraja terkaya di dunia.

5. Baginda berkahwin dengan Permaisuri Sirikit Kitiyakara dan dikurniakan empat cahaya mata, termasuk Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang dilahirkan pada 1952.

6. Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam peralihan Thailand kepada sistem demokrasi setelah insiden rampasan kuasa pada 1991, di mana Thailand kembali kepada sistem pemerintahan tentera.

7. Oleh kerana itu, baginda turut disifatkan sebagai tokoh yang menyatukan rakyat di negara itu yang sebelum ini berpecah akibat perbezaan fahaman politik.

8. Tahap kesihatan baginda mula merosot sejak 2006. Keadaan baginda jarang dilaporkan kerana dikawal oleh pihak Istana yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa.

9. Ketika keadaan baginda dilapor kritikal, rakyat Thailand terus berkumpul di luar Hospital Siriraj di Bangkok untuk mendoakan kesihatannya. Ramai berpakaian warna kuning, warna yang sinonim dengan baginda sebagai tanda sokongan, kesetiaan dan kasih sayang kepada institusi diraja.

10. Baginda merupakan pemerintah monarki paling lama dalam sejarah dunia apabila memerintah selama 70 tahun.

BACA INI JUGA: Pakar Barat Sahkan Hang Tuah Pernah Memerintah Singapura!?

Sumber; AA



Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2ebf8K1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.