Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Orang Sekarang Berasa Malu dan Segan Untuk Menagih Hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Orang Sekarang Berasa Malu dan Segan Untuk Menagih Hutang

Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Berhati-hatilah dalam berhutamg, sesungguhnya berhutang itu sesuatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari”

Apa yang menyebabkan orang berhutang?. Percaya atau tidak kebanyakan orang berhutang untuk bayar hutang. Betul tak !!!. Bayar hutang kereta, hutang perabot dan hutang PTPTN.

Orang yang berhutang kita tentu sedia maklum situasinya. Tetapi sebenarnya orang yang memberi hutang juga ada masalahnya tersendiri. Apa masalahnya!!. Masalahnya ialah bila menuntut hutang orang yang tak nak bayar.

Mari kita ambil iktibar dari beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengenai hutang.

Rasulullah sendiri tidak akan menyembayangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah saju jenazah. Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembayangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tidak, maka hutang itu akan diserah dtau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Pemberi hutang berhak menuntut hutang

Dari Abu Hurairah r.a katanya “Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap ornag tersebut. Maka bersabda Nabi s.a.w “Orang yang memberi hutang berhak menagih (menuntut hutang). Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat. “Tidak ada untu muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.” Sabda baginda : “Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang” (Muslim)

Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadist daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud : “Janganlah kalian membuat takut selepas tenangnya”.

Mereka berkata “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda “Hutang”. Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud “Ya ALLAH, Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang”.

Kisah diatas menunjukkan betapa Rasulullah mengambil berat tentang hutang. Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat. Makan dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana ALLAH mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu. Sebelum diagihkan kepada waris.

Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-ALLAH, ALLAH akan memudahkan ia membayarnya.

Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka ALLAH Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, ALLAH akan membayarkan. Tetapi jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, ALLAH akan musnahkan harta bendanya”

Cara-cara nak menuntut hutang

1. Buat-buat nak pinjam duit

Sekiranya si penghutang semacam berpura-pura atau buat-buat lupa yang dia sudah berhutang dengan anda, cara paling lembut untuk meminta semula hutang adalah dengan cara anda mengadu masalah kewangan anda. Habis je sesi aduan itu, anda cakaplah yang anda ingin pinjam duit dengan dia berjumlah yang sama dengan yang dia pinjam. Lepas tu anda buat-buat lah teringat yang dia sebenarnya ada hutang yang belum berbayar dengan anda.

2. Sentiasa mengikut perkembangan terbaru penghutang

Anda kena sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang. Apabila anda tahu bahawa penghutang mendapat kerja/mendapat elaun/dapat bonus/menang wang tunai dan sebagainya, anda harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa mereka untuk meminta hutang.

3. Jangan hilang jejak.

Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, no telefon terkini, akaun FB. Lagi bagus kalau anda ada no telefon family dia. Tak kira lah adik, akak, abagng, mak atau ayah. Sekiranya mereka menukar no telefon atau cuba lari dari anda. Anda boleh mengesan melalui orang-orang ini. Dan jika penghutang memang bersikap lepas tangan dengan hutang tersebut, tak perlulah korang berfikir 3-4 kali memberitahu family penghutang tentang perangai busuk dia.

4. Bergaul mesra dengan penghutang

Taktik ini juga adalah sejenis teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di Facebook dsb. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra, korang bolehlah selitkan isu hutang tersebut.

5. Ayat-ayat hikmah

Sekiranya penghutang masih tak paham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ini. Anda tak perlu pergi simbah cat merah kat rumah penghutang. Tak perlu baling bangkai ayam mahupun bom tangan buatan sendri. Kadang-kadang dengan menggunakan perkataan sahaja, anda mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda.Post di status atau di wall penghutang  ayat-ayat hikmah dan sebagaimana bahan bacaaan tambahan kepada penghutang.

6. Jangan malu!

Ini tips yang paling penting dan asa. Sebelum anda mengambil apa-apa tindakan menuntut hutang, anda harus mengikis rasa malu tak bertempat. Awal-awal memang akan terasa malu nak minta hutang. Tapi bila dah banyak kali jumpa manusia jenis ‘pandai pinjam tak pandai bayar’ lama-lama akan hilang rasa malu. Lagipon kenapa perlu malu nak minta duit yang jelas terang dan nyata ialah hak anda, Yang sepatutnya malu ialah penghutang tersebut.Kalau dia boelh berlagak slumber dengan tidak membayar hutang, maknanya anda haruslah berlagak slumber juga meminta hak anda. Lagipun, bila anda bersikap macam ni, para penghutang ni tahu bahawa mereka tidak boleh nak pijak kepala anda. Sebenarnya, kita minta hutang bukan tanda kita berkira. Tapi nak bagi pengajaran kat sesetengah orang yang sentiasa ambil jalan mudah dan pintas

Ada satu doa yang boleh anda amalkan supaya dibukakan hati penghutang itu membayar balik hutang anda.

(Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya ALLAH)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri) – Surah Al-Anbiya : Ayat 87



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.