Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone 4 Dan MacBook 2010 Akan Disenaraikan Sebagai Peranti Usang Pada 31 Oktober Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone 4 Dan MacBook 2010 Akan Disenaraikan Sebagai Peranti Usang Pada 31 Oktober Hadapan

Dunia bergerak dengan pantas dan model terkini peranti pintar dan komputer yang dipasarkan akan ditukar setiap dua tahun secara purata. Tetapi ramai juga yang masih berkeras menggunakan peranti lama kerana merasakan selagi ia berfungsi tiada keperluan untuk membeli yang baru. iPhone 4 dan MacBook 2010 akan disenaraikan sebagai Obsolete (usang) pada 31 Oktober hadapan oleh Apple menurut laporan Mac Otakara.

apple-vintage-obsolete-1Di Apple kategori Obsolete diberikan kepada produk yang berusia tujuh tahun dan ke atas. Apabila dimasukkan ke dalam senarai ini, ia tidak akan menerima sebarang sokongan dari Apple. Sekiranya berlaku kerosakan, pemilik terpaksa membaikinya dari pihak ketiga. Terdapat sebuah lagi kategori yang diberi nama Vintage. Vintage ialah peranti yang dihentikan pengeluaran lima tahun yang lalu tetapi berusia di bawah tujuh tahun. Apabila kerosakan berlaku Apple akan menerima peranti untuk dibaiki tetapi tertakluk kepada beberapa pengecualian.

Kali terakhir iPhone 4 menerima kemas kini perisian ialah pada tahun 2014 dengan iOS 7.1.2. Kepada pemilik iPhone 4, ini mungkin petanda anda perlu memberi peranti baru bagi menggantikan peranti usang anda.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dHOPYF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.