Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jambatan roboh, 10 maut, 30 cedera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jambatan roboh, 10 maut, 30 cedera

BALI: Jambatan Kuning di Bali roboh pada Ahad, semalam yang menghubungkan dua pulau kecil, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan menyebabkan lapan maut dan 30 cedera.

Kapolres Klungkung, AKBP Arendra Wahyu mengesahkan kemalangan berlaku ketika warga setempat mahu melaksanakan upacara agama.

“Info awal terdapat 10 orang meninggal dunia, majoriti warga Desa Lembongan, Ceningan, dan Nusa Penida yang mahu melaksanakan aktiviti agama.”

Sumber Badan Nasional Menangani Bencana, melaporkan tiga di antara mangsa maut berusia tiga hingga sembilan tahun, sementara dua lagi dilaporkan cedera serius.

Laporan awal menyebut jambatan roboh berpunca daripada terlalu banyak orang berada di atasnya.

BBC melaporkan mangsa yang terkorban  sudah dikenal pasti.

“Ada yang beritahu mangsa yang maut akibat tertimpa bahan binaan jambatan kerana ketika itu keadaan air laut di bawah jambatan sedang surut dan kecil kemungkinan disebabkan lemas.”

Proses mencari mangsa terkorban disambung Isnin, hari ini selepas dihentikan kerana keadaan gelap. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.