Jatuh Dari Bahu Bapa Semasa Turun Eskalator, Kanak-kanak Perempuan Parah
Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan parah dan sedang berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Pinang kerana terjatuh dari dukungan sewaktu menuruni eskalator.
Kejadian berlaku 6.30 petang ketika mangsa, 3, didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terbabit.
Mengikut siasatan awal, bapa kanak-kanak terbabit dikatakan menundukkan kepala menyebakan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment