Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang perlu ikut kata Tun Mahathir yang tahu rahsia BN menang setiap kali pemilu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang perlu ikut kata Tun Mahathir yang tahu rahsia BN menang setiap kali pemilu

MUAR: Tun Dr Mahathir tahu rahsia bagaimana Barisan Nasional (BN) menang pada setiap kali pilihan raya dan kekal memerintah untuk lebih 60 tahun.

Ketua Pemuda Amanah Johor Mahadzir Mat Zili dalam kenyataan media kepada Sarawak Voice berkata, “rahsia itu didedahkannya di hadapan lebih 5,000 orang dalam program bersama Datuk Husam Musa di Kota Bharu baru-baru ini.”

Tambah Mahadzir, bekas Perdana Menteri sudah tentu tahu hal yang beliau perkatakan kerana beliau merupakan mantan Presiden UMNO dan sudah pasti turut terlibat merencanakan strategi kemenangan BN itu ketika era kepimpinan beliau dahulu.

Rahsia itu bukan lagi satu rahsia besar kerana kita sendiri sudah maklumi bahawa hanya formula 1 lawan 1 dapat menumbangkan BN dalam keadaan semua parti pembangkang bersatu.

“BN boleh ditewaskan, saya selalu menang, tak pernah kalah semasa memimpin BN. BN menang sebab parti lawan kalah, parti lawan kalah sebab mereka tidak bersatu,” kata Mahadzir lagi.

Signal yang jelas dari Tun Mahathir ini harus dinatijahkan oleh semua pemimpin parti pembangkang untuk duduk bersatu bersama-sama menumbangkan BN pada PRU14 akan datang.

Caranya ialah pemimpin pembangkang perlu menggunakan satu simbol, satu manifesto dan satu calon ketika melawan BN dalam PRU akan datang.

“Sebagai anak muda, saya melihat masa sudah tiba, setiap pimpinan utama pembangkang perlu ketepikan ego dengan menganggap parti sendiri adalah hebat dan terbaik,” kata Mahadzir.

“Hakikatnya anda semua tidak boleh menang tanpa kita bergabung dan berpadu,” tambahnya.

Bagi Mahadzir, rundingan perlu ada jangka masa untuk segera menetapkan keputusan.

Parti yang boleh bergabung kita satukan segera, yang sukar kita kemudian.

Kata beliau lagi, rakyat dan anak muda inginkan gabungan mantap dan jujur serta amanah, tidak membelakangkan rakyat dalam membuat keputusan.

“Ayuh bersama lupakan ego dan terus bersatu. Jadikan satu logo realiti. Jika tidak, jangan salahkan rakyat jika mereka menghukum anda semua atas keegoaan anda sendiri,” ujar Mahadzir. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.