Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jambatan Batang Sadong RM211 juta rasmi diguna bermula Ahad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jambatan Batang Sadong RM211 juta rasmi diguna bermula Ahad

SADONG JAYA: Jambatan Batang Sadong 1.48 kilometer, terpanjang di Sarawak dan juga merupakan Jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam, 2 petang Ahad.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan praperasmian jambatan berkenaan turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri.

“Kita menerima laporan audit bahawa jambatan ini disahkan selamat untuk kegunaan orang awam.

“Hari ini Jambatan Batang Sadong boleh diguna oleh orang awam dan dalam tempoh dua bulan orang awam boleh memberi maklum balas tentang jambatan ini,” kata Fadillah.

Maklum balas bagi membantu memantau keadaan jambatan yang menelan kos lebih RM211 juta itu boleh disalurkan kepada kementerian melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sekiranya terdapat keperluan penambahbaikan jambatan tersebut.

Fadillah berkata, selepas meninjau jambatan berkenaan didapati lorong pejalan kaki memerlukan penambahbaikan demi mengelak risiko kepada orang ramai.

Fadillah turut memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan merasmikan jambatan berkenaan.

Penyiapan jambatan berkenaan merupakan sebahagian daripada aku janji kedua-dua pemimpin tertinggi itu dalam memenuhi permintaan pemimpin peringkat Parlimen dan DUN serta pemimpin masyarakat setempat. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.