Hi! Welcome Back and Stay Tune! Formula masih dicari untuk seragamkan gaji minimum Sarawak, Sabah, Semenanjung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Formula masih dicari untuk seragamkan gaji minimum Sarawak, Sabah, Semenanjung

KUALA LUMPUR: Banyak syarikat Sabah dan Sarawak dan Sabah dikatakan “gulung tikar” jika pada masa ini gaji minimum cuba diseragamkan dengan Semenanjung Malaysia.

Justeru, apakah penyebab gaji minimum ketiga-tiga wilayah ini tidak dapat diselaraskan?

Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Dato Sri Richard Riot semasa Seminar Kerjaya Randau Bersama Menteri Lan Berambih Anak Sarawak Sejiwa Senada di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Ahad menjelaskan, faktor kemampuan majikan membayar gaji menjadi antara penghalang kepada penyeragaman gaji minimum ini.

Pada pelarasan pertama 2013, gaji minimum di Sabah dan Sarawak ditetapkan RM800 berbanding Semenanjung Malaysia RM920.

Pada pelarasan kedua Julai 2016, jumlah tersebut dinaikkan kepada RM920 untuk Sabah dan Sarawak, manakala RM1,000 bagi pekerja Semenanjung Malaysia.

Menurut Riot, mengikut statistik, produktiviti secara purata diambil kira bagi menentukan kemampuan majikan membayar gaji.

Jelas Riot, mengikut kadar produktiviti purata di Sabah mencatatkan -2.6,  Sarawak 3.0 berbanding produktiviti purata di Semenanjung Malaysia ialah 1.4 peratus.

Justeru, selepas dicampur peratusan dengan produktiviti secara purata, maka pihak Majlis Perundingan Gaji Negara selepas rundingan antara majikan dengan pekerja, diputuskan  gaji minimum tidak dapat diseragamkan.

Faktor lain yang menyebabkan mengapa gaji minimum ini tidak dapat diseragamkan ialah pengangguran.

Kadar pengangguran di Sarawak 3.7 peratus, Sabah 5.3 peratus dan Semenanjung Malaysia 2.7 peratus.

Semua faktor ini diambil kira oleh ahli Majlis Perundingan Gaji Negara melalui rundingan bersama majikan yang dikaji mengikut undang-undang sekali dalam tempoh dua tahun.

Betapapun, sebagaimana disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, suatu hari tidak lama dari sekarang gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dapat diseragamkan mengikut jumlah minimum yang ditetapkan kelak.

“Kita akan menyeragamkan gaji minimum pekerja di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Namun belum ada tarikh tetap untuk melaksanakan pelarasan itu,” kata Riot.

Riot berkata pihaknya akan terus berusaha mencari formula menjalankan kajian semula penyeragaman gaji minimum pekerja di Malaysia. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.