Hi! Welcome Back and Stay Tune! Memang Senang Untuk Wanita Memaafkan, Namun Parut Kesan Luka Di Hati Mereka Kekal Untuk Selamanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Memang Senang Untuk Wanita Memaafkan, Namun Parut Kesan Luka Di Hati Mereka Kekal Untuk Selamanya

Ramai lelaki tidak tahu bahawa memang senang untuk memaafkan bagi kaum wanita, namun parut kesan luka di hati mereka, tidak akan pernah pulih sepenuhnya.

Tidak perlu dipujuk rayu, wanita akan sering untuk memaafkan kesilapan lelaki terhadap mereka meskipun hati mereka teruk dikecewakan, perasaan mereka telah dipermainkan dan kepercayaan mereka telah dikhianati oleh lelaki.

Mungkin kerana wanita lebih memikirkan bahawa luka yang disebabkan oleh kehilangan orang tersayang itu lebih menyakitkan daripada luka sering dikhianati yang lebih mudah ditutup dengan senyuman palsu yang terukir di bibir mereka.

Ramai lelaki yang sering mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini dengan mengulangi kesilapan mereka berulang-kali seseolah mereka pasti akan mendapat kemaafan daripada isteri atau teman wanita mereka.

Tidakkah lelaki ketahui bahawa memaafkan tidak bermaksud untuk melupakan? Tidakkah mereka ketahui bahawa parut-parut kesan luka daripada angkara pengkhianatan yang diberikan masih tersemat di hati ini?

Tidak cukup dengan satu atau dua parut yang ditinggalkan, sampai hatikah untuk menambah sehingga tiada lagi ruang di hati ini untuk dilukai?



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.