Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Peranti Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Peranti Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

Anda mungkin menantikan kemunculan Samsung Galaxy Note 7 sejak ia dilancarkan Ogos lalu. Penantian anda hampir berakhir apabila mendengar ia akan mula dijual di Malaysia pada bulan September. Kami yakin anda mungkin kecewa apabila mendengar Samsung membatalkan jualan raja phablet ini tahun ini akibat masalah bateri yang amat serius. Wang sudah dikumpul dan menanti untuk dibelanjakan. Dengan ketiadaan Note 7, apakah peranti alternatif yang boleh anda beli? Di bawah ialah tujuh peranti yang kami rasakan boleh disenarai pendekkan oleh anda. 


01 – Apple iPhone 7 Plus

apple-iphone-7-plus

Pilihan paling mudah bagi pengguna yang tidak mementingkan harga jualan sebaliknya mencari peranti terbaik di pasaran dengan pelbagai fungsi yang hampir setanding dengan Note 7. Di atas kertas iPhone 7 Plus mempunyai kelebihan dengan pemproses yang jauh lebih berkuasa dan sistem dwi-kamera. Seperti Note 7 ia juga kalis air dengan tahap ketahanan IP67.  Dari beberapa ulasan awal, kamera 7 Plus hanya sedikit di belakang Note 7. Perbezaannya tidak berapa ketara. Harga jualan sedikit lebih mahal bermula dari RM 3799 untuk model 32 Gigabyte. Tetapi sekali lagi ingin kami katakan sekiranya anda mahukan peranti premium yang di kelas yang sama dengan Note 7, hanya iPhone 7 Plus menjadi pesaing terhebat.

Kelebihan Kekurangan
  • Pemproses A10 Fusion lebih berkuasa berbanding Exynos 8890 Note 7.
  • Sokongan dwi-kamera. Kamera mampu melakukan zoom secara optikal.
  • Kalis air dan debu seperti Note 7.
  • Tiada sokongan kad MikroSD.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tiada fungsi Multi-Window

 


02 -Google Pixel XL

Google PixelSekiranya anda tidak menggemari peranti iOS, Google Pixel XL ialah pilihan paling ketara. Ia adalah peranti Android terkini di pasaran dengan sistem operasi tercanggih pernah dihasilkan oleh Google. Dari segi saiz, skrin mungkin sedikit kecil iaitu 5.5″. Skrin juga dari keluarga AMOLED dengan resolusi QHD. Pemproses Snapdragon 821 yang digunakan adalah yang terkini dihasilkan Qualcom dan dipadankan dengan RAM sebesar 4 Gigabyte. Kelebihan ketara Pixel XL ialah pembantu maya menggunakan kecerdasan buatan Google Assist dan kamera 12-Megapixel yang dinobatkan sebagai yang terbaik pada peranti pintar tahun ini. Android 7.1 Nougat menyokong Multi-Window secara natif seperti yang wujud pada Grace UX Note 7.

Kelebihan Kekurangan
  • Pemproses Snapdragon 821 yang berkuasa dipadankan dengan RAM 4 Gigabyte.
  • Sistem operasi terkini Android dengan kemas kini terpantas.
  • Sokongan Multi-Window seperti yang wujud pada Note 7.
  • Tiada sokongan kad MikroSD.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Hanya kalis percikan air IP53.

 


03 – Xiaomi Mi 5S Plus

Xiaomi Mi 5S PlusKedua-dua peranti di atas tergolong di dalam kategori peranti kurang mampu milik. Harga setiap satu melangkaui RM3000. Oleh itu kami rasakan Xiaomi Mi 5S ialah alternatif yang lebih mampu milik. Xiaomi Mi 5S Plus baru sahaja dilancarkan hujung September lalu mempunyai spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. Skrin 5.7″ HD Penuh digabungkan dengan pemproses Snapdragon 821 dan RAM sebesar 4 Gigabyte. Sistem dwi-kamera 13-Megapixel digunakan serta saiz bateri yang jauh lebih besar berbanding digunakan pada Note 7. Harga jualan dijangka sekitar RM 1700 sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia kelak. Ini masih jauh lebih murah dari Note 7, iPhone 7 Plus dan Pixel XL.

Kelebihan Kekurangan
  • Pemproses Snapdragon 821 yang berkuasa dipadankan dengan RAM 4 Gigabyte.
  • Sokongan dwi-kamera.
  • Harga lebih mampu milik.
  • Tiada sokongan kad MikroSD.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tidak kalis air

 


04 – LG V20

LG V20 1 2LG V20 ialah phablet utama dari LG. Ia dilancarkan September lalu dan mempunyai beberapa fungsi unik yang tidak ditemui pada peranti lain. Jika Note 7 mempunyai skrin dwi-lengkung, LG V20 mempunyai dwi-kamera (16+8 Megapixel) dan dwi-skrin pada bahagian hadapan. Skrin berkembar pada bahagian hadapan terdiri dari skrin utama dan sebuah skrin mini yang hanya memaparkan notifikasi. Skrin mini ini sentiasa terpasang dan boleh menjadi singkatan pantas melancarkan aplikasi kegemaran. Kelebihan lain ialah ia menggunakan Android 7.0 Nougat dan bateri 3200 mAh yang boleh ditanggalkan. Seperti Note 7 ia mempunyai sokongan Multi-Window terbina bagi memaksimakan penggunaan skrin 5.7″. Kekurangan terletak pada tiadanya sokongan stylus dan tidak kalis air.

Kelebihan Kekurangan
  • Sokongan dwi-kamera. Satu dengan lensa lebar.
  • Dwi-skrin pada bahagian hadapan
  • Bateri boleh ditanggalkan
  • Kebarangkalian memasuki pasaran Malaysia adalah rendah.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tidak kalis air

 


05 – Asus Zenfone 3 Deluxe

Asus Zenfone 3 Deluxe

Tujuh peranti Zenfone 3 dilancarkan di Malaysia oleh Asus Ogos lalu. Asus Zenfone 3 Deluxe ialah model dengan spesifikasi paling tinggi. Persamaan terletak pada saiz skrin yang turut menggunakan panel SAMOLED. Pemproses lebih berkuasa Snapdragon 821 dipadankan dengan RAM sebesar 6 Gigabyte. Kamera utama 23-Megapixelnya juga lebih besar berbanding Note 7. Sungguhpun begitu ia hanya dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Ini ialah 500 mAh lebih kecil dari yang ditemui di dalam Note 7. Harga jualan pula ialah RM 3299.

Kelebihan Kekurangan
  • Pemproses Snapdragon 821 yang lebih berkuasa.
  • RAM sebesar 6 Gigabyte.
  • Skrin SAMOLED digunakan sama seperti Note 7.
  • Bateri lebih kecil.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tiada fungsi Multi-Window

 


06 – Honor Note 8

honor-note-8Dengan tiadanya Note 7, peminat peranti Samsung perlu menanti kemunculan Note 8 tahun hadapan. Sekiranya anda tidak mampu menunggu, Honor ada menghasilkan Honor Note 8. Peranti ini ialah phablet utama dari pihak Honor dengan skrin 6.6″ SAMOLED dengan resolusi QHD. Ia dipadankan dengan pemproses HiSilicon Kirin 955, RAM sebesar 4 Gigabyte, kamera utama 13-Megapixel f/2.0 OIS dan kamera selfie 8-Megapixel f/2.0. Bateri yang disertakan pula amat besar dengan kapasiti 4500 mAh. Peranti masih belum memasuki pasaran Malaysia tetapi dijual di China pada harga sekitar RM 1400 sebuah. Dengan spesifikasi yang agak baik ini ia mungkin alternatif kedua selain Mi 5S Plus untuk mereka yang tidak mahu berbelanja lebih.

Kelebihan Kekurangan
  • Skrin lebih besar 6.6″ SAMOLED dengan resolusi QHD.
  • Sokongan Multi-Window
  • Bater lebih besar 4500 mAh.
  • Spesifikasi kamera lebih rendah.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tidak kalis air

 


07 – Samsung Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5 20151002_151143

Mungkin anda merasakan pemilihan peranti yang sudah berusia lebih setahun ini aneh. Tetapi sekiranya anda memerlukan sebuah peranti yang mampu melancarkan dua peranti sekaligus dan mempunyai sokongan stylus, hanya Galaxy Note 5 boleh memenuhi keperluan anda. Skrin 5.7″ SAMOLED QHD, pemproses lapan teras Exynos 7420 dan RAM sebesar 4 Gigabyte peranti ini masih lagi cukup berkuasa. Kamera utama 16 Megapixel f/1.9 yang disertakan juga masih lagi antara yang terbaik di pasaran. Peranti lama tidak bermakna tidak berguna. Malahan selepas setahun harga jualan Note 5 juga kini lebih mampu milik.

Kelebihan Kekurangan
  • Satu-satunya peranti dengan stylus yang baik lengkap dengan aplikasi terbina yang direka khas untuk tablet.
  • Sokongan Multi-Window.
  • Harga jualan kini lebih mampu milik berbanding tahun lalu
  • Tiada sokongan kad MikroSD
  • Tidak kalis air seperti Note 7
  • Model lama.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d6Tqaq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.