Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jadi ‘Bisu’ Sebab Dedak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jadi ‘Bisu’ Sebab Dedak

Tun Dr Mahathir Mohamad

 

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wakil rakyat dan Ketua Umno bahagian kini terus membisu dan menutup kegiatan salah pemimpin utama berikutan disogok ‘dedak’.

Malah lebih membimbangkan, katanya, ‘dedak’ yang diterima untuk menutup mulut itu telah ‘membutakan’ mata pemimpin BN sehingga tidak mempedulikan derita ditanggung rakyat.

“Hari ini kita dapati wakil-wakil rakyat Umno dan BN dah bisu, tidak boleh bercakap kerana disuap dedak, mulut tak boleh dibuka sebab nanti tersembur keluar. Bisu, pekak dan buta tak nampak apa-apa dah.

“Bila tengok RM1 juta, RM2 juta..jadi kaku, dia (pemimpin akar umbi) tak boleh bercakap (tutup mulut). Itulah sikap yang ada dalam Umno sekarang. Wakil rakyat, ketua bahagian bahkan cawangan sudah disogok dengan dedak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri Penjelajahan Penerangan 1MDB di Taman Paya Dalam di sini, kelmarin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, situasi itu berlaku apabila pemimpin percaya boleh menjadi raja jika mempunyai banyak wang.

“Pada mulanya saya percaya jika Najib sahaja disingkir, Umno akan pulih semula tetapi saya dapati Umno sudah jadi busuk…buruk sehingga tak boleh dibaiki lagi.

“Bila dia hutang duit banyak, kerajaan tak dapat bayar hutang, apa dia buat? Suruh rakyat la bayar! Ini cara Najib, dia balas (beri) duit tapi kita kena bayar. Sebab itu ada GST, tol naik tinggi, tak ada subsidi minyak lagi,” katanya.

Menurutnya, pemerintahan yang seperti itu hendaklah ditukar malah parti berkenaan wajar dibuang namun penukaran kerajaan memerlukan usaha rakyat kerana negara demokratik boleh menggunakan undi rakyat untuk menukar pentadbiran.

“Dalam masa sama pembangkang perlu pakatan yang lebih besar dianggotai lebih banyak parti bagi menumbangkan BN yang terdiri daripada 14 parti komponen.

“Pakatan itu perlu bagi memastikan pembangkang dapat meletakkan calon satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dv7tTd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.