Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Tiga-Dalam-Satu, HP Elite X3 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM3599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Tiga-Dalam-Satu, HP Elite X3 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM3599

HP pada awal tahun ini telah melancarkan HP Elite X3, yang menawarkan sistem operasi berasaskan Windows 10 Mobile, dan turut boleh digunakan sebagai sebuah komputer dengan menghubungkan peranti berkenaan kepada sebuah dock khusus.

HP Elite X3

Dari segi spesifikasi, HP Elite X3 hadir dengan skrin bersaiz 5.96-inci dengan paparan WQHD (2560×1440), dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, dan bateri berkapasiti 4150mAh.

Dengan spesifikasi yang tinggi, peranti ini menyertakan Windows 10 yang turut hadir dengan sokongan Continuum. Sebuah dock khusus, yang boleh dihubungkan ke monitor, dan peranti ini boleh digunakan sebagai sebuah “komputer”.

Disamping dock ke monitor, HP turut menyediakan HP Elite X3 Lapdock yang menawarkan kebolehan telefon pintar ini diubah menjadi sebuah komputer riba. Namun, ia perlu dibeli secara berasingan.

HP Elite x3

Melalui HP Elite X3 ini, HP dilihat lebih menyasarkan pengguna perusahaan berbanding dengan pengguna umum. Ini dapat dilihat melalui integrasi HP Workspace pada peranti ini yang membolehkan pengguna menjana komputer maya, dan mengakses pelbagai aplikasi x86 terus melalui telefon pintar mereka.

Disamping itu, integrasi pelbagai aplikasi perusahaan, termasuk Salesforce turut disediakan pada peranti ini.

Di Malaysia, HP Elite X3 dijual pada harga RM3599 dan boleh ditempah melalui pihak HP Malaysia bermula bulan Oktober 2016 ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2djCxaP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.