Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakar: BN Kena Ada Strategi Kukuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakar: BN Kena Ada Strategi Kukuh

BN

 

BN mampu kekal atau tidak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14 sukar ditentukan dengan keadaan politik hari ini bagaimanapun, parti itu perlu merangka strategi tertentu untuk terus mentadbir kerajaan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, BN perlu punyai strategi yang kukuh untuk terus kekal memerintah.

“Semuanya bergantung pada kekuatan dan strategi yang akan dilakukan oleh BN untuk pertahankan kerusi yang sedia ada dan juga cubaan untuk menambah kerusi.

“Selain itu, harus juga dilihat pada parti, isu dan calon yang bertanding,” katanya kepada Sinar Online.

Tambahnya lagi, jika dilihat pada PRU sebelum ini, keputusannya adalah tidak menentu dan ini menyukarkan untuk membuat andaian awal.

“Jika dibanding dengan keputusan PRU tahun 2008 dan 2013, ada kerusi yang BN menang pada tahun 2008 tetapi kalah pada tahun 2013, begitu juga dengan sebaliknya,” katanya lagi.

Bedah siasat

Menurutnya lagi, BN harus kaji semula setiap Ahli Parlimen dan Adun untuk terus pertahankan kedudukan mereka.

“Saya merasakan bahawa kepimpinan BN akan membuat ‘bedah siasat’ ke atas prestasi setiap Ahli Parlimen dan Adun.

“Di samping itu, BN juga harus membuat pengubahsuaian atau penambahbaikan ke atas calon berdasarkan maklumat untuk memastikan mereka masih menjadi pilihan rakyat,” turutnya.

Tahu kemahuan pengundi

Sementara itu, beliau juga turut menegaskan bahawa BN perlu tahu kemahuan pengundi mereka.

“Kenal pasti ‘mindset’, keperluan dan kemahuan pengundi dari sudut pengundi itu sendiri dan bukannya kemahuan parti.

“BN perlu perkasakan kepimpinan akar umbi serta pemimpin harus memainkan peranan yang signifikan dalam meraih kemenangan,” tambahnya lagi.

Parti baru bukan saingan

Beliau juga turut mendakwa bahawa parti-parti baru ini perlukan masa untuk bina kekuatan serta meraih sokongan pengundi.

“Parti-parti baru ini barangkali memerlukan masa untuk membina struktur parti dan mengguna tenaga mereka untuk meraih sokongan.

“Sekiranya PRU 14 tidak diadakan dalam masa terdekat, maka parti-parti baru ini mempunyai peluang untuk bina kekuatan mereka dan meraih pengundi,” katanya lagi mengakhiri bicara.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dv6jXM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.