Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Pertikaian, Lim Mahu Tuntut Lagi RM2,000 Dari Nasrudin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Pertikaian, Lim Mahu Tuntut Lagi RM2,000 Dari Nasrudin

download-18

 

Isu pampasan RM10,000 yang diarahkan kepada Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus berpanjangan.

Selepas masing-masing berhujah semalam, Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri Raja Syarafina Raja Shuib hari ini terus cuba mematahkan hujah Nasrudin, malah dengan gaya lebih sinis.

Mengaku ‘terharu’ dengan kesanggupan Nasrudin mengajarnya dalam hal ehwal undang-undang, Raja Syarafina juga meminta anggota parlimen Temerloh itu tidak menegakkan benang yang basah.

“Bayang bayaran masih tidak kelihatan selepas tiga minggu tetapi YB Nasrudin sebaliknya memilih untuk menyerang tindakan saya dalam mengeluarkan kenyataan akhbar semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempertahankan kegagalan Nasrudin yang belum membayar pampasan kepada ketua menteri tetap menghina mahkamah.

Tegasnya, penghakiman persetujuan kedua-dua pihak adalah arahan mahkamah sebagai kos serta bagi membuktikan Nasrudin kesal atas tuduhan terhadap Lim dan menarik balik artikelnya.

“Sekiranya beliau gagal atau enggan membayar jumlah yang diperintahkan, bukankah itu satu pengingkaran?

“Dan tanpa mengambil kira pemakaian terma undang-undang, bukankah tindakan ingkar itu secara literal terjumlah kepada penghinaan?” soalnya.

Nasrudin semalam berkata, jika beliau tidak membayar kos sekali pun, ia tidak mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya hanya bersifat liabiliti sivil (hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang lain.

Anggota parlimen Temerloh itu pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.

Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

‘Kenapa tak minta lanjutan?’

Dalam kenyataan balas hari ini, Raja Syarafina juga menolak penjelasan Nasrudin bahawa beliau berada di luar negara ketika penghakiman termateri dan tuntutan pembayaran diserahkan kepada peguamnya.

“Walaupun YB Nasrudin berada di luar negara sehingga akhir September 2016, pihak kami tidak pernah menerima apa-apa permohonan lanjutan masa untuk pembayaran daripada YB Nasrudin dan/atau peguam beliau dalam tempoh tersebut.

“Dalam zaman Internet ini yang membolehkan komunikasi merentasi sempadan negara dengan cepat, takkan payah sangat untuk YB Nasrudin memaklumkan kepada kami bahawa beliau perlukan masa untuk membayar?” soalnya.

Sementara itu, Raja Syarafina juga menjawab kenyataan Nasrudin bahawa Lim juga tidak membayar kos pembatalan saman padanya sebanyak RM500 yang diperintahkan.

Katanya, sehingga komunikasi terakhir peguam Nasrudin dengan pihaknya pada 3 Oktober lalu, tiada apa-apa tuntutan dibuat kepada Lim setakat ini.

“Saya berharap beliau mendapatkan penjelasan penuh daripada peguamnya memandangkan perintah mahkamah termeterai yang berkenaan tidak pernah diserahkan kepada peguam YAB KM,” katanya.

Malah, pengamal undang-undang itu berkata lagi RM2,000 akan dituntut daripada Nasrudin susulan tindakan mahkamah menolak permohonan beliau untuk mengetepikan saman fitnah Lim pada 20 April 2015.

“Peguam YAB KM telah diberikan arahan untuk menuntut bayaran ini daripada YB Nasrudin dengan secepat mungkin,” katanya.

Justeru, Raja Syarafina berkata beliau berharap Nasrudin dapat menerima hakikat bahawa beliau telah melahirkan perasaan kesal dan menarik balik artikelnya tanpa syarat selepas disaman malu.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dv3O84

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.