Tips Bawa Anak Kecil Naik Pesawat Dengan Tenang Dan Mudah
Bagi mereka yang sudah bergelar ibu bapa, pastinya pernah ada angan-angan untuk pergi membawa anak-anak kecil kita bercuti dengan menaiki kapal terbang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup namun, ada kalanya, angan-angan kita ini terbantut akibat cerita-cerita pengalaman yang kurang menyenangkan yang didengari dari orang-orang sekeliling kita.
Tidak dapat dinafikan, ianya bukan sebuah perkara yang mudah untuk membawa si anak kecil menaiki pesawat terumatanya sekiranya si kecil masih belum boleh berbicara.
Namun, ramai juga yang tidak tahu bahawa ianya bukanlah sesukar mana pun terutamanya sekiranya ada sudah membuat persediaan-persediaan dengan betul sebelum menaiki kapal terbang.
Mungkin ada juga yang tidak pernah membawa anak kecil menaiki flight dan tips ini boleh dijadikan panduan di masa akan datang.
1. Awal bagi atau lepas tengahari
Cuba beli tiket yang waktu penerbangannya pada awal pagi atau selepas pukul 1 tengahari dan sebelum pukul 5 petang. Kenapa? Kerana pada waktu ini merupakan waktu tidur si kecil kita. Jadi, peluang untuk si kecil meragam di sepanjang penerbangan adalah lebih kurang.
2. Bawa mainan, iPad dan makanan
Benda-benda seperti ini dapat membantu mengurangkan kebosanan si kecil kita terutamanya sekiranya tempoh penerbangan yang hendak ditempuhi itu melebihi 2 jam. Anak yang happy akan tidak meragam!
Bagi yang membawa iPad, pastikan anak memuat turun kartun-kartun kegemaran si kecil ke dalam peranti anda sebelum memulakan perjalanan anda.
3. Tukar lampin dah buat susu sebelum menaiki pesawat
Pastikan tukar lampin pakai buang anak sebelum berlepas atau pastikan anak telah buang air dahulu sebelum berlepas. Ini bukan sahaja untuk keselesaan bayi, tetapi keselesaan penumpang bersebelahan. Tentu sekali tidak mahu ada yang terbau sesuatu yang tidak diingini.
4. Main dengan anak sampai penat
Bagi anak makan dan ajak anak bermain sehingga letih. Tips ini agak berguna kerana anak kita tadi akan tertidur di dalam kapal terbang.
5. Bawa stroller/pram
Kebiasaannya, satu keluarga yang bersama dengan bayi akan dibenarkan masuk sekali. Bagi yang pertama kali naik kapal terbang, bawa stroller hingga ke aero-bridge. Tinggalkan di sana. Jika guna Air Asia yang tidak menggunakan aero-bridge, letakkan di tangga sebelum naik kapal terbang. Jika anda melancong ke negara-negara eropah kebiasannya yang membawa bayi bersama stroller akan mendapat sedikit keistimewaan untuk tidak perlu beratur panjang semasa pemeriksaan imigresen dan kastam.
6. Hadkan kepada satu beg kabin ke dalam pesawat
Sekiranya anda travel secara berpasangan, pastikan anda hadkan kepada satu beg sahaja untuk dibawa masuk ke dalam pesawat bagi memudahkan proses anda menaiki dan turun daripada pesawat.
Pastikan lengkap semua barang bayi, susu, tisu basah, biskut bayi, minyak angin saiz kecil (cuba sorokkan). Letakkan barang di bawah kerusi supaya senang untuk dicapai.
7. Jadi di antara orang terakhir yang memasuki ke dalam pesawat
Walaupun mereka yang membawa anak kecil di beri keistimewaan untuk naik terlebih dahulu, tetapi apabila anda sudah menaiki kapal terbang tempatnya sempit dan memegang anak yang tidak boleh duduk diam adalah sangat memenatkan. Jadi lebih baik jika anda menjadi orang yang terakhir untuk naik.
8. Tempah kemudahan bassinet
Anda mungkin ingin memilih tempat duduk dengan ‘bassinet’. Walaupun anda tidak menggunakannya, tetapi selalunya kawasannya adalah lebih besar dan selesa.
Sekiranya anda memilih penerbangan full service airline seperti MAS dan GARUDA serta membawa bayi bawah 24 bulan, boleh booking tempat duduk yang hampir dengan bassinet atau baby cot seat. Tetapi jika low fare airline, boleh cuba tanya dahulu sebab kebiasaannya hanya ada pada pesawat-pesawat besar.
Air Asia juga ada menyediakan kemudahan bassinet di bahagian hot seat mereka tetapi hanya untuk flight number bermula dengan D7 (Air Asia X). Kemudahan bassinet ini sedit sebanyak dapat melegakan anda jika masa penerbangan yang ditempuh adalah lama
9. Mudah keluar masuk
Pastikan anda duduk di tempat duduk yang memudahkan anda keluar masuk untuk ke tandas dan sebagainya.
10. Selimut tebal
Jangan lupa membawa selimut tebal lebih-lebih lagi jika perjalanan anda memakan masa yang lama.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment