Hari kedua: Usul RUU 355 jatuh ke bawah
KUALA LUMPUR – Hari kedua sidang Dewan Rakyat hari ini, menyaksikan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen.
Terdahulu, pada hari pertama, semalam usul ini tidak sempat dibahaskan memandangkan ia tersenarai pada kedudukan keempat aturan mesyuarat,dan hari ini pula ia jatuh ke nombor tujuh.
Difahamkan, usul pindaan akta ini diturunkan untuk memberi laluan terlebih dahulu kepada usul yang akan dibawa kerajaan.
Untuk rekod, pindaan akta ini hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua pertiga dewan.
Sementara itu minggu ini juga, Dewan Rakyat akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Sidang Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, Abdul Hadi masih berpeluang memohon kerajaan menaikkan usul berkenaan.
– Sinar harian
.
Penyumbang : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2dKGrY1
Post a Comment