Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid: PM Tentukan Sokongan Rang Undang-Undang PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid: PM Tentukan Sokongan Rang Undang-Undang PAS

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada Umno akan menyokong atau tidak Rang Undang-Undang Persendirian yang diusulkan PAS.

Berkata pada sidang media di Parlimen pada Selasa, Ahmad Zahid berkata, keputusan perkara itu bergantung kepada Perdana Menteri.

“Rang tersebut merupakan senarai keempat dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan sebarang keputusan yang dibuat (oleh Parlimen) atas pertimbangan Speaker.

“Sama ada Umno sokong atau tidak, terpulang kepada Perdana Menteri dan ia bergantung kepada situasi,” kata beliau.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi AWang pada Mei lalu membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Namun selepas membentangkan usul tersebut, beliau meminta perbahasan berhubung perkara itu ditangguhkan pada sesi lain.

– ANN

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2efCiga

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.