Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemimpin BERSIH diugut bunuh ala-IS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemimpin BERSIH diugut bunuh ala-IS

Menjelang perhimpunan besar-besaran 19 November ini, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini mengesahkan menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

“Saya terima banyak (ugutan) jenis ini melalui nombor (telefon) yang tidak dikenali.

“Biasanya saya tidak peduli tetapi yang ini agak keterlaluan,” katanya yang turut memikirkan keselamatan tiga orang anaknya.

Maria akan membuat laporan polis petang ini.

Beliau merujuk kepada gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya.

Gambar manipulasi itu kelihatan seperti aksi kumpulan bersenjata IS.

Selain Maria, turut berdepan ancaman sama bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pegawai urus setia BERSIH Mandeep Singh.

‘Saya pun keliru’

Sementara itu, Mandeep ketika dihubungi berkata beliau juga ‘keliru’ dengan apa yang berlaku.

“Dulu kita dituduh IS. Sekarang IS nak bunuh kita. Saya pun confused (keliru),” guraunya.

Pemimpin kempen anti-BERSIH Datuk Seri Jamal Yunos pada 28 September lalu mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini bagaimanapun berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin ‘baju merah’ itu.

–  M’kini



Penyumbang : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2eLVncB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.