Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Vida pun tak bayar GST’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Vida pun tak bayar GST’

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan saja mengurangkan keuntungan perniagaan malah menyebabkan kemerosotan, kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu.

Di pihak kerajaan, katanya, GST gagal membantu ekonomi negara malah menyusahkan Datuk Seri Najib Razak.

“(Keuntungan) kurang dan semua merosot. Datuk Seri Vida pun tak bayar GST,” kata Ronnie hari ini.

Bekas exco Selangor itu mengadakan sidang media Solidariti Bersama Mazlan Aliman di Kuala Lumpur.

Liu berkata demikian bagi mengulas kenyataan perdana menteri semalam yang mendakwa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST.

Pada 13 Ogos lalu Vida – atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 32 pertuduhan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Vida mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas barangan kosmetik dan kesihatan Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Rakyat tak percaya

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Kata Liu pelaksanaan GST sejak 1 April lalu gagal membantuk menyelamatkan ekonomi Malaysia atau Najib.

“Sebab apa yang dia (Najib) dapat (daripada kutipan GST) lebih rendah berbanding hutang-hutang negara dan juga hutang 1MDB,” kata Ronnie.

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu turut menafikan kenyataan Najib itu dan mendakwa GST kini menjadi keluhan dan kegelisahan rakyat.

“Saya tak tahulah bagaimana cukai dikenakan kepada pengguna dapat membantu sedangkan GST ini merupakan keluhan pada semua orang,” katanya.

Najib semalam mempertahankan cukai kontroversi itu dengan berkata ekonomi Malaysia akan lumpuh jika GST diturunkan daripada 6 peratus kepada 3 peratus.

Menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sesi soal jawab, Najib berkata dakwaan anggota parlimen Kluang itu bahawa menurunkan kadar GST akan “mendorong penggunaan domestik”, adalah tafsiran salah pihak pembangkang.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih mesra dengan gelaran Mat Sabu berkata tanggapan bahawa GST boleh menyemarakan ekonomi tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.
“Sekarang pun pendapatan orang berniaga merosot.

“Saya pergi ke restoran India mereka cakap jualan tak berkurangan tetapi keuntungan merosot. Dulu boleh untung 45 peratus sekarang 15 ke 20 peratus pun payah.

“Jadi bagaimana kata GST boleh menyemarakkan ekonomi? Rakyat tak percaya,” katanya.

– M’kini

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2edgTX5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.