Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Ciri Utama Pada Wiko Ufeel Prime Yang Perlu Diketahui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Ciri Utama Pada Wiko Ufeel Prime Yang Perlu Diketahui

Pada tahun ini Wiko telah mengumumkan siri peranti telefon pintar mereka iaitu Ufeel yang mensasarkan golongan muda, disamping menawarkan peranti tersebut pada harga yang berbaloi. Terkini, mereka telah memperkenalkan Ufeel Prime, iaitu penawaran berspesifikasi tinggi untuk siri tersebut.

Seperti namanya, Ufeel Prime membawakan pelbagai pembaharuan dan membuatkan pemilikan peranti ini lebih premium, lebih pantas, dan lebih berkuasa bagi digunakan setiap hari. Berikut merupakan lima ciri utama yang membezakan Ufeel Prime dengan versi Ufeel yang lain.

Rekaan Unibody Metal & Kaca 2.5D 1080p

wiko-ufeel-prime-dsc04078

wiko-ufeel-prime-dsc04059

Pada Ufeel dan Ufeel Lite yang pernah kami cuba sebelum ini, ia hadir dengan penutup yang boleh ditanggalkan. Akan tetapi bagi Ufeel Prime ini ia membawakan rekaan Unibody, dengan kemasan yang lebih premium. Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, paparan hadapannya pula diserikan dengan kaca 2.5D, sekaligus membuatkan genggaman terhadap peranti ini lebih selesa. Peranti ini juga mempunyai paparan sebesar 5-inci pada resolusi 1080p 441 ppi.

Cip 1.4GHz lapan-teras & RAM 4GB

Seolah-olah menjadi kemestian setiap peranti Android terkini yang hadir di pasaran mestilah dilengkapi dengan RAM yang tinggi bagi melakukan pemprosesan yang pelbagai. Pada peranti Wiko Ufeel Prime, ia dilengkapi dengan RAM sebanyak 4GB dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 430 1.4GHz lapan-teras. Ia juga beroperasi menggunakan Android Marshmallow sekaligus menjanjikan pengguna dengan perisian terkini.

Kamera Utama 13MP Sony & Kamera Hadapan 8MP Selfie

wiko-ufeel-prime-dsc04146 wiko-ufeel-prime-dsc04051

Sejak penciptaan telefon pintar, fungsi kamera merupakan fungsi sekunder paling dititikberatkan oleh pengguna. Ramai pengguna telefon pintar yang ingin peranti mereka mempunyai keupayaan kamera yang bagus, dan kerap ditanyakan oleh mereka setiap kali peranti baru diumumkan.

Untuk Wiko Ufeel Prime, ia dilengkapi dengan kamera utama 13MP dari Sony serta lampu Dual-LED Flash, sekaligus membawakan pelbagai fungsi tambahan seperti mod Normal, Professional, HDR, Smile Shot dan pelbagai lagi. Bagi kamera hadapan, kamera 8MP disertakan dengan LED flash bagi kegunaan Selfie.

Mampu Mengesan 5 Cap Jari Berbeza

wiko-ufeel-prime-dsc04050

Kebanyakan telefon terkini dilengkapi dengan pengimbas cap jari bagi melakukan tugasan berbeza, dan terdapat pengimbas cap jari yang terdapat pada butang ‘Home’ Ufeel Prime. Lebih dari itu, ia mampu membezakan sehingga lima cap jari, dan anda boleh mengawal aplikasi dan membuka sesuatu menggunakan jari yang berbeza.

Disertakan Dengan Aksesori Penting

wiko-ufeel-prime-dsc04179

Satu lagi ciri penting apabila membeli peranti adalah aksesori yang turut disertakan dengannya. Wiko meneruskan tradisinya apabila turut menyertakan casing silicon, penyesuai kad-SIM Nano, lapisan skrin pelindung, sekaligus mengurangkan perbelanjaan pengguna. Dengan aksesori sebegini juga pengguna tidak perlu bersusah-payah mencari aksesori tambahan untuk peranti ini.


Peranti Ufeel Prime yang berspesifikasi tinggi dalam siri Ufeel ini dijual pada harga RM 899. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti Wiko Ufeel, anda boleh melayari halaman rasmi Wiko Mobile Malaysia atau kemaskini menerusi halaman Facebook Wiko Mobile Malaysia.








Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz https://amanz.my/2016123578/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.