Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mereka tahu Muhyiddin dipecat?” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mereka tahu Muhyiddin dipecat?”

Bekas perancang kewangan bank BSI, Yeo Jiawei menerima maklumat mengenai pegawai tertinggi Malaysia secara langsung daripada ahli perniagaan Jho Low, kata Pengurus Perhubungan Amicorp, Jose Renato Carvalho Pinto semalam.

Bercakap semasa perbicaraan kes Yeo di mahkamah Singapura, Pinto berkata, Yeo turut serta untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerana beliau berada dalam pasukan penstruktur pelaburan 1MDB dan SRC International yang diletakkan di bawah penelitian pada masa itu.

Yeo memberitahunya untuk terus bertenang dalam masa beberapa hari sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada kabinet, kata Pinto, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Markets.

“Bertenang buat masa ini. Saya difahamkan masa telah tiba untuk perang dalaman Malaysia dan negara-negara lain sedang menunggu kesudahannya sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” menurut Yeo dalam tulisannya kepada Pinto pada 22 Julai tahun lepas.

“Sementara itu, kita tidak harus membuat apa-apa kesimpulan sehingga penghakiman akhir,” ujar Yeo lagi, menurut bukti yang dikemukakan di mahkamah semalam.

Apabila disiasat selanjutnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiang Ke Yue, Pinto yang merupakan saksi pendakwaan penting dalam kes itu berkata, Yeo mendapat apa jua maklumat secara terus dari Low.

Beliau sangat pasti mengenai itu, Pinto berkata, kerana pada masa yang sama, Yeo telah meminta beliau untuk mendapatkan dokumen bagi pihak Low. – Malaysiakini

KLIK BACA: Nasihat Najib kepada usahawan bertenang jika orang balun atau tikam belakang

KLIK BACA: Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

KLIK BACA: Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB

KLIK BACA: Jho Low tuduh orang Umno pakar putar belit, Khairy gesa siasat

TERKINI: Umno BN kalah PRU14 rakyat Malaysia seronok

Klik baca: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

The post “Mereka tahu Muhyiddin dipecat?” appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://www.malaysiastylonews.com/159701/mereka-tahu-muhyiddin-dipecat/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.