Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, supaya membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Mohd Haniff Khatri Abdulla juga mencabar Dzulkifli, yang baru sahaja melengkapkan perkhidmatan 100 hari sebagai ketua pesuruhjaya yang baru, untuk mendapatkan minta bantuan perundangan bersama (MLA) untuk menjalankan siasatan lanjut di luar negara.

“Kalaulah anda (Dzulkifli ) dengan jujur dan ikhlas maksudkan segala ungkapan seperti dalam ucapan kamu, maka saya cabar anda memohon kepada Pejabat Peguam Negara supaya
SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk membuka semula keseluruhan siasatan terhadap Najib Razak berkaitan rasuah ataupun salahlaku kewangan mahupun salahlaku kuasa berhubung skandal 1MDB dan SRC.

“SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk memohon Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance), daripada agensi siasatan Amerika Syarikat, iaitu DoJ, mahupun FBI,” katanya dalam posting di Facebook.

Haniff berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang boleh menghalang Peguam Negara daripada menghalang kes untuk dibuka semula.

Malah, katanya saman DOJ untuk tindakan kleptokrasi, Julai lalu, sudah mencukupi untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara sebagai sebuah badan profesional dan bertanggungjawab sepatutnya berbuat demikian.

Katanya, tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah sebab munasabah untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara, sebagai sebuah institusi yang profesional dan bertanggungjawab, perlu berbuat demikian berdasarkan bukti baru.

Sebelum ini, SPRM ketika diterajui oleh Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memohon sebanyak dua kali untuk mendapatkan MLA untuk menjalankan siasatan di luar negara tetapi kedua-duanya ditolak oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Akhirnya, kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Disember.

Sebulan kemudian, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri. – Malaysiakini

KLIK BACA: Nasihat Najib kepada usahawan bertenang jika orang balun atau tikam belakang

TERKINI: Umno BN kalah PRU14 rakyat Malaysia seronok

KLIK BACA: Boleh beli kapal perang China, tak mampu isi minyak bot ronda?

KLIK BACA: Tunjuk perasaan seluruh Amerika bantah kemenangan Trump

KLIK BACA: Sedih pakcik nak beli minyak masak murah di pasaraya mewah tapi….

KLIK BACASultan Perak ingatkan Melayu elak jadi bangsa badut

The post Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://www.malaysiastylonews.com/159694/peguam-mahathir-cabar-ketua-sprm-siasat-najib-semula/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.