Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alipay Dijangka Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Mac 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alipay Dijangka Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Mac 2017

Alipay merupakan salah satu perkhidmatan dan platform pembayaran yang hadir daripada pengasas Alibaba, Jack Ma. Ia merupakan salah satu platform pembayaran digital terkemuka di China, dan mereka sedia melihat kepada usaha memperluaskan penawaran perkhidmatan berkenaan untuk pasaran Asia Tenggara.

Beberapa laporan sebelum ini turut mengatakan pengambil-alihan Lazada oleh Alibaba adalah salah satu usaha untuk memperluaskan penggunaan Alipay di rantau Asia Tenggara ini, malah mereka turut telah mula melakukan pelaburan untuk memperluaskan perkhidmatan berkenaan di rantau ini.

Dan dengan Jack Ma yang kini menjadi penasihat ekonomi digital Malaysia, perkhidmatan Alipay turut akan hadir ke pasaran tempatan. Bercakap mengenainya, Najib Razak mengatakan perkhidmatan Alipay akan diperkenalkan bersama-sama ketika pelancaran Digital Free Zone yang dijadualkan untuk pengenalan pada Mac 2017 kelak.

Perkhidmatan Alipay ini sendiri boleh didaftarkan oleh pengguna tempatan pada hari ini, namun dengan pelancaran dan pengenalannya secara rasmi untuk pasaran tempatan – kita mungkin akan dapat melihat ia dipasarkan dengan lebih meluas, termasuk lebih ramai penjual yang menerima pembayaran melalui platform berkenaan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz https://amanz.my/2016123831/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.