Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM buang kerja pegawai didakwa pukul isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM buang kerja pegawai didakwa pukul isteri

Muhammad Nazrin Abdullah yang didakwa mendera isterinya sehingga cedera teruk baru-baru ini. – Foto NST

PUTRAJAYA  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuang kerja seorang pegawainya, Muhammad Nazrin Abdullah yang didakwa mendera isterinya sehingga cedera teruk baru-baru ini.

Muhammad Nazrin, 37, yang kini sedang berdepan pendakwaan di mahkamah kerana memukul isterinya juga didapati bersalah terlibat dengan dadah oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah yang mengatakan SPRM memandang serius perkara berkenaan dan tidak akan berkompromi jika ada pegawainya yang melanggar peraturan organisasi.

“Keputusan memberhentikan perkhidmatan Muhammad Nazrin dibuat Lembaga Tatatertib SPRM,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin lepas dia turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengugut biras lelakinya, Mohammad Faris Ngatiman.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan menakutkan secara jenayah dengan cara menunjukkan sebilah parang panjang dengan niat menakutkan Mohammad Faris di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira pukul 7.10 pagi, 21 September lalu.

Beliau juga bertindak agresif apabila mengamuk di dalam mahkamah kerana tidak berpuas hati pasportnya diarahkan serah kepada pihak berkuasa.

Kes tersebut sebelum itu tersebar di laman sosial Facebook setelah isteri tertuduh memuat naik status kisah keganasan rumah tangganya dan mendakwa suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadapnya.

KLIK BACA: Nasihat Najib kepada usahawan bertenang jika orang balun atau tikam belakang

KLIK BACA: Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

KLIK BACA: Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB

KLIK BACA: Jho Low tuduh orang Umno pakar putar belit, Khairy gesa siasat

TERKINI: Umno BN kalah PRU14 rakyat Malaysia seronok

Klik baca: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACA: Boleh beli kapal perang China, tak mampu isi minyak bot ronda?

The post SPRM buang kerja pegawai didakwa pukul isteri appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://www.malaysiastylonews.com/159705/sprm-buang-kerja-pegawai-didakwa-pukul-isteri/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.