TAK SANGKA: Akhirnya Awal Ahsaari Berlaku Jujur Mengaku Status Sebenar Lara Alana!!
Pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mempunyai seorang anak yang comel iaitu lara Alana.
Awal Ashaari kini akui Lara Alana yang usianya hampir dua tahun didapati lambat bercakap.
Masalah pertututuran Lara Alana ini mungkin berpunca dari kekeliruan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Katanya, masalah itu ditambah pula dengan dialek berbeza yang digunakan ibu dan ibu mentuanya yang berbeza-beza.
Ini pendedahan Awal:
“Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan. Saya cakap Melayu dan Inggeris.
“Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa.
“Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,”
Namun begitu fizikal Lara Alana termasuk berat dan ketinggiannya melebihi daripada kanak-kanak biasa.
Ini penjelasan Awal:
Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya.
Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang.
Sumber: Siakapke.li
The post TAK SANGKA: Akhirnya Awal Ahsaari Berlaku Jujur Mengaku Status Sebenar Lara Alana!! appeared first on RinganBerat.com.
Sumber RinganBerat.com http://ringanberat.com/akhirnya-awal-ahsaari-berlaku-jujur-mengaku-status-sebenar-lara-alana/
Post a Comment