Inilah Resepi Air Milo Sedap Macam Di “Lori Milo”
Inilah Resepi Air Milo Sedap Macam Di “Lori Milo”
Dulu jika di sekolah, memang kita selalu tertunggu lori Milo datang.
Bukan sahaja dapat minum air percuma tetapi ternyata air milo tersebut sedap berbeza kalau buat sendiri di rumah.
Ramai tertanya-tanya apakah resepi air milo tersebut sampai rasanya sedap sangat.
Ini merupakan perkongsian seorang lelaki yang melihat sendiri bagaimana air milo dibancuh di lori milo.
Jom baca:
Resepi air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air..anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri..jangan tanya saya apa2 sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo..ok lah untuk memendekkan cerita..
8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
4 liter Air panas
4 paket Milo (1kg) total 4 kg
Ketulan AisMethod:
Masukkan kesemua bahan kecuali ais dan kacau rata
Tuangkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas air
Masukkan ketulan ais*kalau nak buat guna sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah..buat kira2 anda sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan..perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..
saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori..mendapat diabetes..kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo..
Selamat Mencuba!! -Sumber: Syahrin
Fuh, memang menyelerakan. Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!! -PENMERAHDOTCOM
The post Inilah Resepi Air Milo Sedap Macam Di “Lori Milo” appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment