Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB

Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang berkata demikian kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.

Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.

Mereka juga dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.

DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika. – Malaysiakini

KLIK BACA: Nasihat Najib kepada usahawan bertenang jika orang balun atau tikam belakang

KLIK BACA: Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

TERKINI: Umno BN kalah PRU14 rakyat Malaysia seronok

KLIK BACA: Tunjuk perasaan seluruh Amerika bantah kemenangan Trump

KLIK BACA: Sedih pakcik nak beli minyak masak murah di pasaraya mewah tapi….

KLIK BACA: Boleh beli kapal perang China, tak mampu isi minyak bot ronda?

The post Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://www.malaysiastylonews.com/159698/polis-singapura-berminat-soal-jho-low-dalam-siasatan-1mdb/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.