Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nur Sakinah Dakwa Dirinya Ibu Kepada Imam Mahdi Dan Mahu Lahirkan Imam Mahdi Bersama PU Faiz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nur Sakinah Dakwa Dirinya Ibu Kepada Imam Mahdi Dan Mahu Lahirkan Imam Mahdi Bersama PU Faiz

Petaling Jaya : Penceramah wanita yang didakwa dicederakan Naib Juara program Pencetus Ummah (PU), PU Faiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas tuduhan menceroboh sekolah tahfiz milik lelaki itu di Kota Damansara, September lalu.

Tertuduh, Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mengikut pertuduhan, ibu tunggal empat anak itu didakwa melakukan ceroboh jenayah dengan memasuki ke dalam premis milik PU Faiz atau Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, 27, yang digunakan sebagai tempat pusat pengajian agama Islam di Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.

Isnin lalu, PU Faiz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan Nurul Intan Sakinah di tempat, tarikh dan masa sama.

The post Nur Sakinah Dakwa Dirinya Ibu Kepada Imam Mahdi Dan Mahu Lahirkan Imam Mahdi Bersama PU Faiz appeared first on RinganBerat.com.



Contributer : RinganBerat.com http://ringanberat.com/nur-sakinah-dakwa-dirinya-ibu-kepada-imam-mahdi-dan-mahu-lahirkan-imam-mahdi-bersama-pu-faiz/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.