Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandikar mahu Mahathir mohon maaf jejaskan kebebasan Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandikar mahu Mahathir mohon maaf jejaskan kebebasan Parlimen

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana menjejaskan kebebasan Parlimen sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Pandikar berkata, Mahathir telah memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen – perundangan utama yang memisahkan kuasa eksekutif dari legislatif – pada tahun 1992.

“Saya mahu Mahathir untuk memohon maaf. Kenapa semasa beliau menjadi perdana menteri bahawa beliau memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen yang merupakan perkara yang paling penting dalam mana-mana Parlimen untuk memisahkan kuasa eksekutif dari perundangan.

“Saya akan minta Mahathir minta maaf dulu. Kenapa masa dia PM, Akta Perkhidmatan Parlimen yang paling penting dalam mana-mana parlimen (yang) mengasingkan kuasa eksekutif itu dimansuhkan waktu beliau (menjadi) PM.

“Kenapa itu tak sebut dalam resolusi kalau benar mahu memartabatkan parlimen?” soalnya ketika bercakap kepada pemberita hari ini.

KLIK BACA: Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

Beliau mengulas mengenai empat resolusi yang diluluskan semasa mesyuarat pakatan pembangkang berhubung imuniti parlimen pada Isnin.

Mahathir adalah antara mereka yang hadir, bersama-sama dengan bekas menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mesyuarat itu diadakan selepas polis menyiasat Muhyiddin, Shafie dan seorang lagi bekas menteri kabinet, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, baru-baru ini berhubung ucapan mereka di Dewan Rakyat.

Mahathir telah mengkritik Pandikar kerana menjadi ‘penjaga gol kerajaan” dengan menggunakan kedudukannya untuk melindungi kerajaan daripada penelitian di Dewan Rakyat. – Malaysiakini

KLIK BACA: Nasihat Najib kepada usahawan bertenang jika orang balun atau tikam belakang

KLIK BACA: Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

TERKINI: Umno BN kalah PRU14 rakyat Malaysia seronok

KLIK BACA: Tunjuk perasaan seluruh Amerika bantah kemenangan Trump

KLIK BACA: Sedih pakcik nak beli minyak masak murah di pasaraya mewah tapi….

KLIK BACA: Boleh beli kapal perang China, tak mampu isi minyak bot ronda?

KLIK BACATrump panggil Najib ‘PM kegemaranku’

KLIK BACA: Kemenangan Trump cetus kebimbangan umat Islam

KLIK BACASultan Perak ingatkan Melayu elak jadi bangsa badut

The post Pandikar mahu Mahathir mohon maaf jejaskan kebebasan Parlimen appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://www.malaysiastylonews.com/159696/pandikar-mahu-mahathir-mohon-maaf-jejaskan-kebebasan-parlimen/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.