Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anjing Ini Sanggup Berkorban Demi Kawannya, Walaupun Hampir Dilanggar Keretapi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anjing Ini Sanggup Berkorban Demi Kawannya, Walaupun Hampir Dilanggar Keretapi

Anjing Ini Sanggup Berkorban Demi Kawannya, Walaupun Hampir Dilanggar Keretapi

hanjing
Satu kisah persahabatan haiwan telah menjadi bualan ramai di Ukraine.

Memang menakjubkan apabila haiwan pun tahu menghargai sahabatnya sendiri.

Seekor anjing dilihat sanggup menemani rakannya seekor anjing yang cedera dan tidak boleh berjalan di atas sebuah landasan kereta api.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang penyelamat haiwan bernama Denis Malafeyev.

Dia telah menerima beberapa panggilan telefon daripada penduduk setempat yang menyaksikan terdapat seekor anjing di atas sebuah landasan kereta api.

Sebaik sahaja Denis tiba di tempat kejadian, beliau terlihat seekor anjing sedang dalam kesakitan di atas landasan tersebut.

Tidak berapa lama selepas itu, seekor anjing dilihat berlari ke arah anjing tersebut sambil berbaring melindungi anjing itu daripada sebuah kereta api yang sedang bergerak laju. Mujur kedua-dua ekor anjing tersebut selamat daripada dilanggar.

Menurut sumber, sudah hampir 2 hari anjing tersebut berada di landasan itu, melindungi satu sama lain, sebelum bantuan tiba.

Kini kedua-dua anjing tersebut berjaya diselamatkan dan sedang dirawat.

hanjing11-1

hanjing11-2

The post Anjing Ini Sanggup Berkorban Demi Kawannya, Walaupun Hampir Dilanggar Keretapi appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.