Hi! Welcome Back and Stay Tune! iFlix Melanjutkan Langganan Percuma Untuk Pengguna Telekom Malaysia Sehingga Penghujung 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iFlix Melanjutkan Langganan Percuma Untuk Pengguna Telekom Malaysia Sehingga Penghujung 2017

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang dibangunkan oleh syarikat tempatan. Ia telah beroperasi sejak lebih setahun yang lepas, dan menawarkan perkhidmatan mereka pada harga yang jauh lebih kompetitif berbanding dengan perkhidmatan seperti Netflix dan juga Amazon Prime Video.

iFlix Telekom Malaysia

Disamping itu, mereka juga mempunyai kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi dalam menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma. Salah satunya adalah Telekom Malaysia, dan iFlix menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma untuk pelanggan UniFi dan juga Streamyx 4Mbps dan 8Mbps.

Pada permulaan, iFlix hanya menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma untuk tempoh setahun bagi pengguna TM. Tetapi, hari ini mereka mengumumkan, para pelanggan TM akan dapat menikmati perkhidmatan iFlix secara percuma untuk tempoh setahun lagi – iaitu sehingga 31 Disember 2017.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan UniFi atau Streamyx 4Mbps dan ke atas, mungkin anda tidak perlu risau untuk memperbaharui langganan anda, dan terus menikmati iFlix sepanjang 2017 tanpa sebarang bayaran.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ijNmx9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.