Penumpang Sebuah Bas KECOH Dan Sanggup Berdiri Meneruskan Perjalanan Gara² Bas Mereka Di SERANG ‘Sesuatu’ !!!
Penumpang Sebuah Bas KECOH Dan Sanggup Berdiri Meneruskan Perjalanan Gara² Bas Mereka Di SERANG ‘Sesuatu’ !!! | Malang bagi puluhan penumpang sebuah syarikat bas ekspress perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur apabila bas dinaiki mereka dipenuhi pepijat (bed bug) yang menyerang kira-kira 26 penumpang kenderaan tersebut.
Warga Singapura Natalie Yap, 29, yang menaiki bas berkenaan berkata, seluruh badannya terasa gatal digigit serangga berkenaan.
“Saya sentuh belakang badan saya dan berasa ada bonjolan. Mulanya saya ingat cuma alahan kulit, tetapi kemudian saya dapati ada pepijat pada jaket saya,” katanya berkongsi pengalaman ngerinya di Facebook yang mendapat 9,000 perkongsian.
Jelas Natalie, beliau segera memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan namun pemandu berkenaan menafikan terdapat pepijat didalam kenderaan tersebut sambil mendakwa wanita berkenaan mengenakan pakaian tidak bersih.
“Dia (pemandu) kata jika benar ada pepijat, mengapa saya seorang sahaja yang mengadu sedangkan penumpang lain hanya berdiam diri,” katanya.
Sebaik tiba di kawasan rehat, Natalie bertanyakan kepada penumpang lain samaada mereka mengalami situasi sama dan ternyata dakwaan tersebut benar apabila bas berkenaan dipenuhi serangga tersebut.
“Kami meminta bas lain, tetapi kerana jadual perayaan yang padat, tiada bas tersedia. Setibanya kami di kastam sudah larut malam.
“Selepas menanti kira-kira sejam untuk mendapatkan bas lain, pemandu bas menasihati kami untuk bertahan untuk sedikit masa lagi. Kami tiada pilihan selain menaiki bas dipenuhi pepijat.
“Tiada siapa antara kami duduk,” kata Natalie yang turut mendakwa digigit lebih 30 kali sepanjang perjalanan berkenaan.
Kisah berkenaan turut dilaporkan China Press yang mendakwa terdapat penumpang yang berdiri di dalam bas selama tiga jam untuk mengelakkan daripada digigit serangga berkenaan.
Natalie dalam pada itu menuntut bayaran semula tiket perjalanan pergi dan pulang bernilai $70 (RM 216) disamping $64 (RM197) bagi kos rawatan digigit serangga tersebut.
P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!
The post Penumpang Sebuah Bas KECOH Dan Sanggup Berdiri Meneruskan Perjalanan Gara² Bas Mereka Di SERANG ‘Sesuatu’ !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2hvz37h
Post a Comment