Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Safiey Ilias Di Taif Makkah Ketika Melakukan Umrah Buat Ramai TERHARU !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Safiey Ilias Di Taif Makkah Ketika Melakukan Umrah Buat Ramai TERHARU !!!

Kisah Safiey Ilias Di Taif Makkah Ketika Melakukan Umrah Buat Ramai TERHARU !!! |Siapa sangka cerita “si pondan” yang mahu kembali menjadi lelaki ini menjadi cerita besar. Segala kisah gelapnya jadi perhatian.

Akhirnya semua bersetuju dan gembira. Dia telah melalui sebuah penghijrahan. Dek kerana penghijrahannya itu disiarkan di kaca TV, jadilah ia sebuah penghijrahan fenomena.

Dia kembali menjadi lelaki. Membuang implan di dadanya, kembali ke tandas jantinanya yang sebenar, mula berpakaian sewajarnya, mula membasah mukanya dengan air sembahyang.

Dia menangis panjang mengenang dosa. Berteleku di masjid memohon simpati. Tunduk dan sujud saban waktu yang perlu. Dia kembali. Semua bersyukur dan bangga.

Fasa baru bermula. Dalam hijrah panjang itu dia sering berkongsi cerita pada saya. Resah dan ketakutannya bila hakim-hakim jalanan dan media baharu mula mengambil tempat.

Mulalah serangan peribadi. Kenapa muka masih macam perempuan. Lelaki perlu ada janggut. Kenapa kulit masih putih bersih, lelaki perlu gelap berurat.

Kenapa masih berniaga bahan kecantikan, kenapa masih berpakaian warna wanita, kenapa rambut masih panjang.. dan pelbagai kenapa lagi…

Dia mula rasa penghijrahannya lebih menyulitkan. Semua yang dibuatkan salah pada mata hakim-hakim ini.

Kemuncaknya, dia berkata – baik saya jadi pondan semula!

Lantas banggalah hakim-hakim ini. Sudah jangka penghijrahan ini sekadar ada. Ia penghijrahan bisnes. Ia penghijrahan untuk nama.

Pada tika itulah serangan pada saya bermula – kau salah mentafsir niat. Dia gunakan hijrahnya untuk bisnes, dia gunakan agama. Kau gagal dalam dakwah ini.

Saya banyak berdiam diri. Kadang kala rasa kecewanya. Namun saya belajar sesuatu – kerja dakwah adalah jalan paling berliku.

kisah si pondan yang berhijrah kononnya dengan menjual agama kini diam.

“Si pondan” itu baharu pulang dari Umrah. Di bawanya seisi keluarga dan sahabat sepondannya dulu. Dia menyerah segala kesilapannya di rumah Tuhan. Dia menyerah diri pada agama.

Kini dia botak. Moga tuhan gugurkan dosa-dosanya bagai gugurnya rambutnya. Dia kembali dengan kekuatan baharu. Moga dia kuat dan terus kuat.

Dia mungkin akan buat kesilapan lagi. Fahamkan dia dengan sebaiknya. Mengkritik dan menghina tidak akan membawa perubahan yang baik. Ia hanya menghantar dia pada kehendak – mahu sahaja kembali ke jalan lama.

Tuan – cukuplah menjadi hakim pada orang lain. Setiap manusia ada jalan ujian yang Tuhan sediakan. Untunglah tuan jadi lelaki dan perempuan yang tulen. Namun jangan ketepikan yang lain.

Kita tidak pernah tahu mana amalan kita yang diangkat tuhan, seperti mana kita tidak tahu kejahatan mana yang akan membakar di hari pembalasan kelak.

Jika ada mereka yang tersasar, bantulah dengan berhikmah seperti mana kita mahu dibantu.

Tidak ada sesiapa yang mahu terus sesat!

Adinda Safiey Ilias, terus kuat membina empayar dan agama.- Kredit EBerita

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post Kisah Safiey Ilias Di Taif Makkah Ketika Melakukan Umrah Buat Ramai TERHARU !!! appeared first on BISKUTMANIS.



Kredit : BISKUTMANIS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.